Tujuan nak ke T.M mencari pokok kesidang aka kerak nasi terpaksa dibatalkan hari ini..panggilan telepon dari MIL(dibaca mak mertua) di T.Intan mengatakan abah tak sihat menukar program hari minggu ini sertamerta.Pagi pagi lagi kami sekeluarga dah bertolak ke T.Intan ~ 30min perjalanan, mama bawa bekal makan untuk dimasak di sana; rebung jeruk-boleh buat masak lemak cili padi ngan bilis, tulang-buat sup untuk abah, ikan kakap -goreng bercili ;cadangan menu untuk tengahari …okey gak kan?

Bila tiba nampak abah terbaring di sofa.Kata mak, abah tersilap makan , muntah muntah sejak semalam..tapi ni dah nampak okey sikit.”Abah heboh nak kamu tengokkan dia” bisik MIL .Ajak dia makan bihun sup yang dibawa berselera gak ditemani abah(dibaca husband),anak lelaki tunggalnya…pastu beri ubat apa yang patut.

Selesai masak hehehe ajak mak ke nursery….tau tau aje kan mission mencari bunga kesidang masih tak complete lagi;.Singgah kat 2 nursery dapat 6 pokok bunga tersebut !Nampak ada hikmahnya kan?Mission complete 2 in 1 lagik!.Dapat berziarah abah dan jumpa bunga yang dicari…

Tapi pergola bersama buaian kat nursery tu cantik lerrrr…kalau bagi bunga kesidang panjat pergola tu tentu cantik nanti.”Nanti ler apek, mama nak balik kira budget dulu…tapi kalau lu bagi halega yang mama minta bagitau okey.”

Tiba di rumah sebelum azan maghrib mama dah siap pindahkan kesemua pokok yang baru dibeli itu ke dalam pasu.Okey cepat berbunga ye.