Pokok kerak nasi?pokok kesidang?camni rupanya

bunga-kesidang.jpg

..jangan taktau inilah species bunga berbau harum seperti pandan yang menjadi igauan mama ketika ini..Selepas membeli sepokok kat nursery di T.M tempohari, bau cukup lembut dan menyegarkan menerpa masuk rumah diwaktu pagi membuatkan mama teruja mencari lagi pokoknya…tapi jenuh mencarinya di sekitar nursery di sini tak jumpa.Bukan pokoknya saja takada ,bila menyebut namanya saja Mat Bangla yang kerja kat nursery apek tepi jalan tu terlopong heran; tanya Aci yang jaga nursery besar yang bekalkan beribu ribu pokok hiasan untuk projek perumahan di KL hingga ke Johor tupun taktau macamana rupa pokok tu..bagitau dia mama nak pokok bunga berbunga putih berbau harum yang Aci tu dok tunjuk bunga cempaka la cempaka.jpg, bunga kenanga lakenanga.jpg ,bunga murraya la kemuningmurraya.jpg,bunga melur camni melurjasmin.jpgdan yang membuatkan mama hingga pening mabuk bila dia beri mama sekuntum bunga macam bunga pisang tu..bila terhidu baunya hingga pening gelong jadinya.Haaa tu susahnya mencari species yang hampir pupus ni…

Singgah kat Sg Buloh nursery tempoharipun, apek yang ramah melayan tu dok tunjuk bunga honeysuckle yang boleh memanjat tu(ehehe..sekarang dah banyak tau species bunga tau sejak kena sampok ngan bau bunga kesidang ni….).”Itu bunga aaa lain hali lu mali tengok,ada kaa tadakkk kita pun tak tau ooooo”nampak frust apek tu tak dapat cari bunga yang mama maksudkan.Apek ni ingat mama ni duduk sebelah nursery dia ke?;boleh mai tengok hari hari…1jam 1/2 perjalanan tau….Mama pun malas nak bagitau apek tu .Diam je ler.Pencarian pokok itu akan mama teruskan…coba nak ke nursery kat T.M tu semula this weekend harap harap masih ada…

Keinginan nak membentuk taman idaman tu membuak buak tak terbendung lagi..macam juga calun calun yang bertanding yang nak menang dalam PRU kali ini….yang mengidam nak jadi YB..begitu juga mama….berangan nak membentuk taman idaman.Nak tanam dengan pokok bunga berbau harum; nak bentuk laman herba, nak ujudkan edible garden ..tanam serai, tanam pandan, tanam pokok kari,limau purut,kunyit halia atau daun kaduk…cuba nak membentuk taman yang berserabut kat tepi umah tu..Serabut dengan pokok yang naik sendiri tanpa di semaipun.Hujan yang turun setiap petang l memberi semangat…

Setiap hari merenung anak anak nenas yang tumbuh subur tanpa perhatian tu,dah ada yang berbuah pun ; 3 pokok semuanya..jenis nenas Serawak yang manis tu.Senang je nak tanamnya ;main campak je jambul nenas tu, pandai pandai ler dia membesar .anak pokok asam manis yang dibeli kat pekan Rabu tu pun dah kamcing membesar di sebelahnya..Nak cabut buang sayang plak rasanya..Pokok ciku tupun tak henti henti produktivitinya..Pokok betik yang bercabang dua tu tak putus pulak buahnya; betik muda dah puas rebus buat ulam,yang masak kadang-kadang berkongsi dengan burung…Tu yang berbelah bagi tu.Kalu nak cabut semua dan nak reeedo taman idaman..alamat semuanya ini kena dicabut ler…Nak ke taknak?…