Masih ingat citer makcik yang mama pegi umah dia…diabetic coma dalam tajuk ‘petang yang panjang” di sini https://drzeze.wordpress.com/2008/01/24/petang-yang-panjang/…Beliau tidak pernah sedar dari komanya dan telahpun meninggal dunia akibat itu.Innalillah..

Anak pempuannya yang menjaganya datang berjumpa mama baru baru ini dengan masaalah baru…

Wanita ini (suri rumah sepenuh masa) agak malang selepas kehilangan ibunya… suaminya pulak terlantar di wad ..mulanya masuk wad hari tu nak buang batu dalam hempedu(just a simple operation kannn) tetapi selepas tu lain plak jadinya..demamnya tak mau kebah..sakit kat tempat operation takmau hilang sebaliknya semakin bertambah..tak tidur malam dibuatnya berdenyut sakit..akhirnya terpaksa pergi semula ke hospital dan didapati suaminya yang ada penyakit diabetic tu mendapat liver abscess (i.e bernanah dalam hati) yang kemudiannya menjadi liver failure(dibaca kegagalan fungsi hati) .yang mengejutkannya suaminya juga ada penyakit hepatitis B yang kabarnya dibawa sejak 20tahun lampau(i.e hepatitis B carrier)….yang dia sendiri tidak tahu sebelum ini…suaminya yang dikahwini sejak 2 tahun lalu(ni suaminya yang ke-2 selepas ditinggal mati suami pertama) tak pernah memaklumkan pun yang dia adalah hepatitis carrier…( kes nanya kann…boleh berjangkit ni…nampaknya JAKIM kena masukkan satu lagi ujian saringan selain HIV screening i.e Hepatitis B /C sebagai ujian wajib untuk bakal pengantin selepas ni hehehe..if not partnernya tak pasal pasal jadi patient gak)

Kini suaminya dah hampir sebulan terlantar dalam wad..perut semakin buncit dengan badannya dah jadi kuning seperti kunyit..suatu gambaran yang tak berapa menggembirakan….Dan sejak itu dialah yang berulang alik ke hospital yang sejauh 60km dari rumahnya dengan bas..disamping menjaga anak anak suaminya yang masih bersekolah rendah.(dia sendiri tak ada zuriat)….di hujung kampung itu.

“Doktor hospital suruh saya cek darah kerana katanya penyakit ini boleh berjangkit” akhirnya dia bagitau tujuan sebenar dia datang hari ini…