Hari ini mama memandu ke tempat kerja dengan hati yang gembira kerana nampak pekan kecil di sini dah berubah wajah… menjadi meriah dengan bendera yang bermacam warna dan design.Bagusnya kesemua penyokong parti yang bertanding telah menunjukkan kematangan dalam berpolitik dengan menghormati bendera parti lawan…kalau bendera bulan dipacak di atas, bendera dacing akan beratur di bawah.Kalau bendera berbiji mata biru digantung berderet, deretan itu akan disambung atau diselang selikan dengan bendera bulan atau bendera dacing…Nampak meriah dan harmoni…Hehehe cuma pintu gerbang masuk ke kampung mama ;yang mama hadiahkan sebagai tanda terima kasih kepada penduduk di situ tak ternoda dari menjadi sasaran bendera yang banyak itu..Keliling kampung dah penuh bendera biru dan hijau.Heran gak mulanya..tapi rupanya ada citer disebaliknya.Rupanya ada MOU antara penyokong parti bulan dan dacing takmau kacau pintu gerbang tu setakat ini…ohhhh!terima-kasih(* sambil tunduk macam Jepun)…Mula dulu dok agak tentu la penuh pelekat bendera ditepek disitu. Comot ler jadinya nanti.Tak rela youuuuu…Tapi bendera bulan kat tepi jalan tu besar sangat la… menghalang pandangan mama nak melintas jalan.Takdapat tengok kereta yang datang dari sebelah sana.Nanti tolong ubahkan ye..Ok selamat berkempen..Ayah call semalam; pukul 11.30 malam masih kat bilik gerakan lagi.Jaga kesihatan ayah..jangan berembun ehehehe..”Tau dak kawan hangpa;lawyer yang jumpa kat Mekah tu masuk bertanding kat Aloq Mengkudu?”…