pill_reminder_hand.jpg

Anda ada pakai gelang tangan? errr..bukan you..maksud mama ni mama tanya yang bernama lelaki..Hari ni mama tengok dah macam satu trend la pulak..kaum lelaki bergelang di tangan tapi bila diselidik rupanya ini bukan sebarang gelang..kononnya gelang magnetik…harganya pun buleh tahan gak;dari titanum(eh ye ke?),platinum ,stainless steel hingga ke aluminium kategorinya.Rata rata yang lelaki dah bergelang tangan.Para alim ulama pun mula mengeluarkan pendapat yang berbeza beza pandangan untuk memberi hukum pada lelaki yang bergelang tangan…Nak kena tepuk dada tanya selera gak ke?…

“Errr doktor boleh ke pakai gelang ni?”tanya seorang makcik yang berdarah tinggi sambil mengeluarkan gelang berwarna biru diikat dengan ‘besi’ disekelilingnya dari handbagnya.”Rasa kebas sikit tangan ni lepas pakai gelang ini; tapi yang jual hari tu kata gelang ni baguz itu bagi darah berjalan( sejak bila pulak aliran darah perlukan magnet extra untuk berjalan lancar ni ?).”Kalau tak leh pakai rugi rasanya mahal saya beli ni RM 700 hengget satu ni”

Mama belek belek gelang biru yang nampak macam manik koran yang selalu di jual ditepi jalan Tunku Abdul Rahman di KL atau reganya kurang RM50 hengget di Pacifik Aloq Setaq.Kenapa mahal sangat?

“Orang tu cakap ni bukan gelang biasa sebab tu harganya mahal,yang kat kedai biasa tu lain yang ini lain”mama senyum dengar penjelasan makcik tu.Selalunya benda benda gini bermusim sekejap aja…macam musim spirulina, musim propolis,musim kopi gano,musim aloevera atau musim jelly gamat…Orang kita cukup minat dan tak banyak pertikai untuk mencubanya walaupun kadang kadang harganya yup!taklogik langsung;lebih mahal dari harga ubat kencing manis atau darah tinggi yang dimakannya setiap bulan..tapi demi jaminan dan kelentong tanpa bukti klinikal atas dasar boleh menyembuhkan penyakit maka sanggup pesakit ini meninggalkan ubat yang digunakan sebelum ini.

Seorang pakcik kehilangan isterinya sebab terlalu percayakan yang ubat titis yang berharga RM40 sebotol sebesar saiz ubat titis mata tu yang hanya perlu dititik dalam mulut 3 titik sehari yang dikatakan cukup untuk merawat diabetis isterinya..sanggup berenti makan ubat yang doktor bekalkan semata mata percaya simptom muntah,pening isterinya selepas itu kononya ‘berkesannya’ ubat itu ;kerana itu pesan si anaknya yang bekerja di bandar yang hantar ubat itu untuk ibunya  selepas menjadi ejen jualan langsung ubat berkenaan…Sejak bila ejen jualan langsung mengambilalih tugas doktor?Akhirnya isterinya terlantar koma diabetik acidosis sehingga akhir hayatnya…

Pakcik dihujung kampung sanggup bayar RM800(banyak duit deme ni kan) hanya untuk ubat yang dijual oleh tabib Cina yang bertandang ke rumahnya.Ubat darah tinggi,kencing manis dan sakit jantung serta gout yang dimakan sebelum ini ditolak ketepi atas ‘nasihat’ tabib berkenaan yang takmau ubatnya dicampur dengan ubat lain. Nasihat isterinya dan anaknya yang risau melihat dia yang semakin sembab membengkak tak dipedulikan …Akhirnya isterinya menjanda dan anaknya jadi anak yatim selepas itu.

Seorang janda; penoreh getah yang sebelum ini kurus kering menjaga aruah suaminya yang lamaaaa terlantar sakit tiba tiba mengejutkan mama bila datang ke klinik baru baru ini dengan perubahan yang ketara pada muka dan badanyanya.Muka moon face dan badanNya yang dah gemuk gedempol tu mungkin setelah makan makjun ‘kuat’ yang dibeli makcik yang datang menjual ubat dari utara itu.Mungkin makjun itu dicampur steroid itu yang jadi cushinoid gitu.

Sorang makcik muda bersuamikan lelaki berusia 70an, datang menjual kopi ‘kacip fatimah’ yang didakwa boleh menguatkan stamina pempuan dan kopi ‘tongkat ali’ untuk menguatkan kejantanan lelaki.Mungkin frust dia bila bagitau mama tak minum kopi(ehehehe mama minum cuppucino )….walaupun dia nak bagi free.”Ni budak budak universiti banyak beli ni..terutamanya yang pempuan depa beli yang ini” sambil menunjukkan kopi ‘kacip fatimah’ yang kononnya power tu.

Mama terkejut, letak pen dan memandang makcik tu;”Makcik! ,yang budak budak pempuan yang masih belajar dan belum kawin kat u dok minum kopi tu buat apa?Depa nak kacip apa nanti?”soal mama.”Dan yang lelaki kalau dah bertambah ‘jantan’nanti kan susah jadinya”…Benda aphrodisiac yang ditambah dalam makanan atau minuman gini boleh menambah ransangan nafsu yang kononnya boleh jadi ‘kuat’.Pastu kalau dah teransang…duduk dalam bilik dah jadi macam kucing nak mengawan tu nak buat macam mana?Kalau dah kawin tu tak apa la jugak..Uish!makcik biar betul promo makcik ni..Udah ler dok pegi jual ubat ‘kuat’ kat deme to biar diaorang belajar dengan tenang..usah menambah masaalah ‘so sial’ di kampus tu lagi….pesan mama pada makcik tu .

mban1113l.jpg