Balik umah petang semalam nampak Arif sedang sibuk nak siapkan kerja sekolahnya..baju sekolah KAFA nya belumpun ditanggalkan.”nak abihkan keje sekolah ni malam nak buat folio pulak, esok cikgu nak tengok” bagitau Arif yang dah darjah 5 sekarang.”Folio tajuk apa?”tanya mama.Selalu tu kalau buat folio atau buku scrap mama cukup berminat memastikannya complete siap tip top…

“projek meja,nak kena buat buku idea; tulis laporan projek yang kami buat hari tu”…hah!projek apa pulak tu.Belek belek buku teks kajian tempatannya menarik gak..diajar buat meja dengan menggunakan bahan terbuang seperti straw..pastu buat report step by step diberi formatnya untuk dijadikan macam folio.Rasa baguz sangat bebudak sekarang..sekolah rendah lagi dah diajar buat report,kreatif dengan idea .Zaman mama dulu mana ada gini..semua main disuapkan je,dah tu bila masuk u baru terkial kial belajar buat laporan…

Sayangnya mama tak dapat nak tunggu Arif buat folionya malam ni sebab perlu ke klinik..yang hanya selesai hampir 10malam.Bila sampai umah mama lihat Arif dah terlentang lena atas katil dengan laptop masih menyala.buku teks kemahiran hidup dan lain barang sekolah bersepah atas katil .Tak sempat di print laporannya dah tertidor..ehehe…Kesian letih tu…pagi petang sekolah.Angah kat biliknya..mungkin menyiapkan kerja sekolah, Azim masih menonton di ruang tamu katanya menunggu mama…Nampak gayanya mama kena tido lewat malam ni.nak kena tolong printkan sebelum siang esok…”kertas A4,paper kaler kaler untuk report tu abah dah belikan ..printer pun abah dah gantikan dakwatnya..kalau dah siap print nanti boleh abah bindingkan”bagitau abah.

Tapi…mama berminat nak buat meja ngan straw tu..pelan pelan mama turun ke bawah cari straw minuman .Jumpa straw cendul yang besar gedabak tu…selotep cari tak jumpa jadi mama guna surgical tape aje..buka buku teks kemahiran hidup Arif…..dan….esoknya..

“Wah! cantiknya meja straw mama !”…kata Arif…Issk..kalau tersesat dalam hutan boleh ler rasanya makan bermeja gini ehehe…..

dsc03566.jpg

Nanti mama nak belajar buat tempat letak surat pulak…next topik..