“uik! apa ni?hah!basah?terkencing ke?tapi takder bau.Oh!tidak!.”tiba tiba mama bingkas bangun.Tersedar dari tidur di pagi hari itu.. ..mamun kejap..jeling pada jam..dah 5pagi.Bergegas ke bilik air…air itu meleleh ke menuruni kaki mama.Ohhh! Air mentuban dah pecah!..Saat itu dah tiba.Terdetik risau dalam dada ..kandungan kali ini breech/songsang dan mentuban pecah dulu….uhhh! risiko ni..takut cord prolapse boleh lemas anak mama ni.Cepat cepat mandi dan siapkan diri.Along masih tidur.

Mama mengandung anak kedua bila Along berusia 3 tahun …alright gak kan spacing?.Tapi kandungan kali ini memang kedudukannya songsang sejak awal lagi..jadi hingga cukup bulanpun baby ni enggan menjunam kepalanya..tegak je.jadi mama terpaksa menerima hakikat bahawa keberangkalian mama bersalin operation itu mungkin terjadi…

Mama kejutkan abah sambil berbisik;”jom kita ke hospital sekarang.Dah turun air”kalut gak mama capai beg yang dah tersedia sejak kandungan mencecah 38 minggu lagi. Kami dah siap nak bertolak pergi ke hospital..baru mama teringat yang mak dan ayah belum dimaklumkan.Kejutkan mak yang tidor di bilik paling depan di rumah mama,kuarter kerajaan berbentuk L yang diperuntukkan untuk mama yang terletak dalam kawasan klinik kesihatan di Kelantan waktu itu.Mak dan ayah datang sejak beberapa minggu sebelum itu kerana menunggu mama yang akan melahirkan.Apa lagi kalut la mak bergegas bangun nak rebus akar yang di pesan khas dari Mekah yang dikatakan ubat(macam kayu kering aje) untuk memudahkan bersalin.Mama dah masuk dalam kereta bila mak bergegas bawa segelas air yang agak keruh itu untuk diminum..Mama menahan nafas sambil meneguk ……salam dan mohon ampun pada ayah dan mak sebelum pergi ke hospital…30min perjalanan dari tempat mama menghala ke Hospital Kota Bharu

Tiba di hospital .”‘baru terbuka sikit” kata HO yang nampaknya letih oncall mungkin sejak semalam taktidor bertugas dekat wad yang sangat produktif ini.Semua katil hampir diisi ibuhamil..mama di tempat dekat pintu masuk bertabirkan langsir yang separuh terbuka.

Awal pagi itu Dr pakar,Dr Siva my former boss buat round …disampingnya my batchmate Dr Nizam ada bersama.. nasib baik depa decide nak bagi mama try vaginal delivery dulu…so boleh tunggu..but KIV LSCS(i.e nak bedah )…breech dengan kaki di bawah..ada harapan..so mama berdoa dalam kesakitan.Mak dan ayah serta abah sedang menunggu di luar.
Tunggu…tunggu…tungguuuuu hingga lewat tengahari..progress tak berapa memberangsangkan Dr Siva call tanya perkembangan..dia bagi masa lagi…jam 3ptg tiba tiba doktor datang bagitau nak kena operation gak…minta sign..mama sign ‘izin dalam paksa’ but please inform them yang tunggu kat luar..mak tentu risau dengar anaknya nak kena op..dah ler darah mama O negatif,ehehe spesel tu bukan ramai yang ada kalau tumpah darah, jenuh juga nak cari gantinya kan……abah dah tahu kemungkinan ini sejak disahkan mama hamil songsang kali ini.

Selepas itu semua jadi kalut..nurse datang flush ubat apa entah dia tak habaq pun ..tiba tiba rasa macam dizi semacam je..tukar pakai OT gaun.pastu…nak angkat naik ke stretcher kerana Dr Siva dah menunggu di OT..tiba-tiba mama rasa lain macam je kat bawah sana.Mama pegang tangan doktor pelatih yang ada tepi mama.bisik padanya;”please buat VE skali lagi…rasanya dah fully..(i.e servik dah dilate ~10cm)baby dah nak keluar”pinta mama.

Dr muda tu akur dengan permintaan mama..dia pakai sarung tangan buat VE skali lagi..memang betul ! kaki baby dah keluar! .pastu kalut dia jerit pada nurse..panggil MO senior yang ada kat situ..pastu dengar klung klang kung klang depa dah get ready forcep ..dengar macam orang nak perang je bunyinya…ya mama akan bersalin normal walaupun breech..dan forcep depa standby nak tarik kepala baby …takmauuu forcep! doa mama dalam hati..doa nabi Yunus masa dalam perut ikan paus tu mama ulang berkali kali…mama mengumpul kekuatan dan bilal tiba kesakitan itu…

uwaaaaa!dengan sekali push semuanya keluar;kaki..bontot..badan dan kepala baby ..tak sempat berforcep.cek oii!ingat senang ke nak berforcep tu..ngeri..takut incontinen di kemudian hari..baby apgar score pun bagus tiada komplikasi.Puhhh!lega…baby lelaki dengan beratlahir sama macam berat Along dulu dan time lahirpun sama ngan Alongnya, ..5.15ptg B.Wt: 3.36kg.Terima kasih mak , abah dan ayah atas doa kalian.

………….itu Angah,Syed Syazwan yang mama lahirkan 17 tahun yang lalu pada tarikhnya hari ini 20 Februari …..dulu kecik kecik orang gelar angah ‘ anak Jepun’ tapi sekarang angah dah membesar gagah dan hensem..ehehe puji tu jangan tak puji.

syedAngah

Angah anak yang baik.Walaupun agak pendiam dan pemalu tapi angah ada ramai kawan dan menjadi kepercayaan guru di sekolah.Tawun ni dilantik jadi ketua murid(macam Alongnya dulu) dan ketua editor majallah sekolah mungkin atas kebolehan grafiknya.Tahun ni Angah ambik SPM…angah juga ingin menurut jejak along…jadi mama dan abah menaruh harap agar angah bersedia untuk itu dari sekarang…

“Destiny is no matter of chance.It is a matter of choice; it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved “

SELAMAT HARIJADI untuk Angah dan semoga menjadi insan dan umat Muhammad yang berguna …insyaallah.

*Along jaga diri..makan ubat..minum air bebanyak dan insyaallah semoga Allah akan menyembuhkan.Ujung minggu kami akan  ke sana.Insyaallah..