pagar21.jpg

Dah lama dah mama berangan angan ..abah pun dah setuju..along pun dah tengok, angah , Azim dan Arif tiada bantahan..semua sebulat suara dengan projek 2008 ni..ehhehe bukannya apa.Tanah sekangkang kera (4′ x 26′) di luar pagar tu susah benar nak jaganya..bila tanam bunga berebut lalang pun naik sama, dah ler malas dan menyakitkan mata orang yang lalulalang tengok berserabut gitu…nak ubah ler style .nak cari kontraktor yang boleh tolong buatkan..nak buat kolam nak bela ikan pulak.berangan nak memancing macam kecik kecik dulu..duduk tepi sawah bendang sambil memancing ikan puyu.. ..design dah ada…nanti bila dah siap mama tunjukkan okey?sekarang biar mama cari sebutharga dulu…

Satu lagik..Garden mama yang berserabut kat laman tepi tu nampaknya dah dikuasai oleh pokok paku-pakis..memang dah dasar parasit ..pantang ada tanah lapang je dia mula meletakkan anaknya..last last pokok bunga lain merajuk..bunga melur dah enggan berbunga…mama biarkan jadi hutan kecik kat tepi tu..tapi best gak kadang kadang ada pelawat cantik seperti rerama dan pepatung cakcibor.Yang takbestnya bila rerama ni tinggalkan beluncasnya yang meragut pokok kunyit dan pokok kari mama …hingga hampir pupus!

Semangat nak melihat bunga bunga berkembang di laman memang sentiasa ada tapi sentiasa mengejar masa…tak sempat(alasan lagik)…bunga yang ditanam dalam pasuan pun nampaknya dah lesu mungkin merajuk sebab dah lama tak di pedulikan.Pokok periuk kera di bawah pokok bunga kertas tu elok pulak mengeluarkan periuknya …dah biasa gitu kot kat dalam hutanpun takdak sapa yang jaga.

periuk-kera2.jpgbungaputih.jpgbungaputih2.jpg

Pokok bunga kenanga(eh!betul ke?) yang berbau harum dulu lebat berbunga tapi sekarang hanya ada dua tiga kuntum saja bunganya..Ohhhh! rupanya mereka ini dah lama tak dipedulikan…Entah kenapa semangat nak berkebun tu datang tiba tiba..macam YB yang tiba tiba datang semangat nak melawat rakyatnya, nak ‘shower’ diaorang dengan ‘kasihsayang’..nak baja mereka dengan habuan supaya selepas ini dapat jadi YB lagi..

Jadi..Ahad lepas, selepas selesai ceramah di T.M, mama ajak abah singgah di nursery bunga di pinggir bandar itu.Dapat beli sepasu bunga kerak nasi dan 2 pokok bunga melur yang dah berbunga…ehehe best ni ..dapat pokok yang dah berbunga…harummm.Cuma satu lagi species berbau harum yang belum mama jumpa..teringin gak nak memilikinya..tak pernah tengok secara nyata cuma tau namanya saja..walaupun ngeri dengar namanya…’bunga sundal malam’…mama tau kat umah Tokasid ada ..kalau berpeluang nak tanya Madam TA ….beli kat mana?.