Truly a very beautiful song by Imran Ajmain-Seribu Tahun

“maksudnya selama ini pakcik yang menjaga dia?”soal mama sedikit heran bila dimaklumkan .. pakcik sendirian yang menjaga kanak kanak pempuan(cucunya) yang berumur 4tahun itu setelah makcik (isterinya) meninggal 3 bulan yang lalu,akibat lemah jantung.Si kecil bermata bundar itu –ohhh!naifnya kamu…mama banyak menyimpan rahsianya bersama makcik sebelum ini.

“makcik kamu pesan ;walau apapun terjadi jangan bagi kepada sesiapa setelah dia mati .Jaga dia baik baik”Apakah pakcikpun tidak tahu rahsia ini ?…bisik mama dalam hati.

Empat tahun yang lalu,arwah makcik datang bersama anak pempuannya yang baru setahun lepas SPM … mengadu sakit perut dan tak sihat sejak berenti kerja kilang di pulau seberang beberapa bulan sebelum itu.Anak nya yang dalam keadaan luyu itu mama dapati perutnya ada ketulan yang berdegup bersaiz 12 minggu =3bulan mengandung.Pening sebentar makcik bila dimaklumkan bahawa anaknya yang masih muda remaja tu ..rupanya dah ditebuk tupai(tupai jugak yang dipersalahkan?) walaupun jenuh juga mama mengatur ayat supaya dia tak terkejut pengsan!

“Makcik ni dah ler baru keluar wad..lemah jantung ,darah tinggi “.katanya .”.Kenapa kamu buat gini pada mak?.Malu mak kalau orang kampung tahu .Kalau abang kamu tau mati kamu dikerjakannya”(macam dialog yang selalu kita tengok dalam drama) sambil meninggi suara yang masih lemah pada anaknya yang buat muka macam ayam berak kapur tu.Pastu bla..bla…bla…makcik tu leter kan anaknya.Mama biarkan saja.Sepatah pun tak dijawab dek anaknya.Diammmm macam patung kat Madame Tussauds ,tempat yang menjadi idaman mama untuk dilawati sejak dulu lagi…. sambil dok kuis kuis jarinya pada penutup lubang telefon di meja mama.Bila makcik dah kehabisan kata kata baru mama mencelah..

“Gini makcik..benda dah jadi kita toksah dok tekan tonyoh dia macam tu..satgi dia lari ,buat tindakkan sendiri macam yang kita tengok kat tv, baca dalam suratkabar..buang bayi,pi gugur sendiri lagi dia hanyut..sesat lagi.Umuq macam ni memang la depa tak pikiaq akibatnya..tapi bila dah jadi gini depa lagi la(ehehe bukan lagi gila ya…)depa jadi keliru..kita kena bantu…” jangan ingat mama dok sokong dia punya perbuatan pulak..tapi cuba mencari penyelesaian..tak guna dok ‘menangisi susu yang tumpah’ kan.takkan nak biaq jadi begini?

baby.jpg

Makcik dengar penjelasan mama.

” Saya tak galakkan dia dok pegi usaha nak buang bayi ni..dah ada nyawa.Kalau makcik setuju elok hantar dia ke rumah penjagaan untuk yang ada masaalah macam ni.biar dia duduk di sana hingga anaknya lahir.Pastu terpulang pada makcik nak jaga anaknya nanti atau nak serah pada kebajikan uruskan.Orang kampungpun takkan tahu.Saya boleh tolong kontek Pejabat Kebajikan, depa boleh uruskan..Sekarang ni makcik balik bincang dengan keluarga dulu.Kalau setuju bagitau saya.”cadang mama.

‘uish! takyah bincang bincang ..nanti teruk depa buat anak makcik ni.Abangnya tentu marah betul kalau tau hal ni. Doktor kontek je pejabat kebajikan tu sekarang…kalau lagi cepat lagi bagus.”nyata makcik dah lebih rasional.. dah kendur dari tegang tadi..nak sorok betul rahsia anak bungsunya.

Mama angkat telepon ,bercakap dengan pegawai kebajikan yang kebetulan kenalan baik..”suruh dia datang jumpa saya,nanti saya uruskan”jawapan pegawai itu meyakinkan mama.

Selepas hari itu mama terputus cerita ..hanya bila makcik tu datang semula dengan seorang baby pempuan berusia sebulan untuk suntikan pelalian baru mama tau ceritanya selepas itu..

Rupanya setelah ditempatkan di rumah perlindungan sehingga bayi itu lahir seorang bayi perempuan yang kemudiannya di ambil oleh keluarga angkat yang kebetulan bekerja sebagai penjaga di rumah perlindungan itu, yang katanya tak beranak setelah lebih 5 tahun berkahwin.Anak gadisnya selepas berpantang di situ membawa diri ke bandar untuk bekerja.(senang nooo kucing pun tak tinggal anak macam ni).Tapi yang peliknya setelah sebulan menjaga bayi itu penjaga/keluarga angkatnya datang menyerahkan kepada makcik itu semula kononnya tolong jagakan sebab isterinya yang bekerja, susah @tak reti nak menguruskan bayi yang sekecil itu.Dibekalkan susu tepung bersama keperluan bayi yang lain..suntikkan pelalian dan belanja perubatan semua di tanggung keluarga itu yang berjanji akan datang melawat ‘anak’nya seminggu sekali.Jenuh juga makcik nak kelentung pada keluarganya dan orang kampung tentang kehadiran anak luar nikah itu.Yang pasti makcik bagitau orang kampung yang ada dia ambil upah jagakan budak itu sementara ‘ibu’nya bekerja.Hu ha hu ha gak.. kecoh kann..sapa nak percaya.tapi makcik tetap dengan ceritanya setiap kali ditanya.Lupa dia pada sakitnya dok mengurus bayi itu..setiap temujanji lawatan dia datang untuk pelalian….bayi itu hanya diambil di hujung minggu untuk di bawa pulang oleh famili angkatnya..kemudian di hantar kembali.Makcik dah semakin akrab dengan cucu pempuannya,semakin sayang, semakin rasa ingin memiliki …

Tapi..sejak akhir akhir ini makcik perasan hubungan famili angkatnya semakin dingin..jarang datang ..jarang berhubung..barang keperluannya baby itupun dah semakin banyak yang perlu dia sendiri sediakan dan akhirnya panggilan talipon dari mereka mengesahkan…”makcik jagalah dia selamanya kami tak mampu menjaganya.”Tu dia!makcik terpaksa akur dalam redha.

“Menyesal makcik bagi kat depa..sebelum masuk pusat jagaan hari tu makcik dah janji nak serah bayi tu pada pegawai kebajikan yang bercadang nak bagi kat orang lain yang dalam senarai menunggu…tapi makcik dah mungkiri janji makcik padanya..Nyesal makcik..reba dah datang balik.Ini balasannya kot.Takpa makcik jaga .kesian kat dia “keluh makcik tempohari mengadu masaalahnya sambil merenung pada cucunya yang dah keletah berlari dalam bilik mama.

Sekarang bayi itu dah membesar cantik ,bermata bundar.. peramah menjawab pertanyaan mama kalau datang ke klinik.Santun terdidik..salam dan cium tangan bila berjumpa dan sebelum balik..So siapa kata anak luarnikah ni jahat?Depa tak minta dilahirkan begitu.Makcik dah mendidiknya dengan baik sebelum dia pergi mengadap Illahi.

“Dia dah pandai basuh baju sendiri..basuh pingganpun pandai sejak makcik kamu dah takada”Puji pakcik yang terpaksa menjaga kanak kanak ini sendirian sejak itu.”Cuma susah sikit lah makcik nak ke masjid macam selalu..tak ada sapa nak jaga”ehehehe…pakcik ni macam dok hint pulak ..,tapi dia pun masih kuat lagi nampaknya boleh lagi kalau nak cari ganti makcik….Lagipun tak manis dok berdua duaan dengan pempuan walaupun kanak kanak…kan?