Masuk sorang patient berdarah meramu(i.e meleleh) di kaki di iringi taukenye, Melayu dua dua.Sebab kebetulan dah ada 3 kes aksiden kat situ dan satu patient terbaring sakit perut…dalam bilik yang sempit tu dah jadi sesak…

mama: “kena apa?”

patient : “kena parang”

mama:”kena kat mana?”(nak tau di bahgian mana badannya yang kena..tapi..)

tauke: “kena kat Trolak(nama tempat; sebuah felda kat situ) ”

mama:”ye la tapi kat maner?”(masih tak puashati jawapannya tak tepat..kalau jawab soklan BM mungkin boleh di terima)
tauke :”kat kebun”(pulak dah…tak puas hati lagi..)

mama : tau la kat kebun tapi kat mana?” sambil senyum takut dia tengking mama plak tanya banyak kali..”apa tak reti bahasa doktor ni”entah entah gitu fikirnya.

tauke : “Kat felda Trolak, dia menebas kat kebun tadi” (dah sah..soklan di fikiran kita taksama dengan jawapan di fikirannya…nampak gayanya mama kena bagi soklan lain kalau tidak sampai  bila tak selesai ….

mama: “Boleh tunjuk kat tempat mana dia luka?(nahas kali ni kalau dia ajak mama pergi Trolak nak tunjuk kebun tempat dia menebas tadi….)..ermmm kat  bahagian mana badannya maksud saya..kat maner.”(Uish awat susah bebenor ni…? )

Sambil tersenyum malu..tauke suruh pekerjanya  tarik kaki seluar ke atas  nampak luka kat tepi lutut yang dah hampir kering darahnya….”mujuq parang tu tumpul”kata patient…yang akhirnya bersuara.