JUMAAT :

hari ni, pagi pagi lagi mak dah pegi ke rumah adik bungsunya, my Pakcik Peli untuk buat persediaan kenduri kawin esoknya,anaknya merangkap sepupu mama, Jat .Selepas breakfast…Along,Mama dan adik adik yang lain pegi rewang kat Pekan Cina, Pekan Rabu nak cari bahan untuk di isi dalam bekas ‘bunga telur’..Kak Tam, sepupu mama yang tinggal bersama Pakcik Peli sms ajak makan tengahari di sana…bestnya makan makanan kampung yang simple tapi menyelerakan gulai ikan , ikan goreng ranggup, kerabu belimbing, sambal belacan bersama ulam ulam kampung …Pastu depa bagi tugasan kat mama siapkan pelamin untuk pengantin..awat tak habaq awai awai nak suruh mama buat pelamin…puhh! berpeluh gak mama ngan Along nak siapkan nya..hantam sajalah labu….guna apa yang ada je…simple ja pelaminnya padan ngan amatur ni .Yang dok buat beribu ribu belanjanya tu membazir je kan pengantin duduk pun tak sempat panas punggung punnn kan.

.dsc03303.jpg

SABTU:

awal pagi semua dah bersiap sedia ke rumah Pakcik Peli nak bantu apa yang patut..sesampai di sana mak yang tiba lebih awal minta kami(mama dan adik adik Z, Rohani) ke dapur tolong masak hidang pengantin,6 hidangan pulak tu..pulak!ish!ish! jadi bidan terjun lagik….ok kami bagi tugasan sebab masa dah suntuk..adik Z buat ikan bawal masak sos, Rohani masak udang berempah campur ngan lauk kenduri cukup la tu kannn dan mama?tolong hiaskan..selongkar petisejuk cari bahan untuk dekorasi lauk pengantin..jumpa cili, timun, rebung, bawang , tomato pastu potong cantik cantik….zap!zap!jadik…dah..siap hidang pengantin ingat kot boleh dok relax layan bersembang jumpa saudara mara yang dah mula sampai..tapi di panggil oleh chef tukang masak kenduri tu..minta siapkan meja pengantin sebab pengantinnya dah dalam perjalanan…Abah sibuk ngan kameranya. Along bantu DJ yang jugak bidan terjun sebab DJ yang sepatutnya datang ada kematian hari ni…

dsc03386.jpgdsc03400.jpgdsc03328.jpgselesai pengantin bersantap semua dah keletihan ..tetamupun dah beransur kurang..lagipun hari ni panas terik dahaga je yang lebih …sedar sedar jam dah hampir 3 ptg.Petang ni nak bertolak balik ke Perak.Salam salam minta diri balik umah mak nak kemaskan barang …seblum bertolak balik adik Rohani bawa balik kek dan aiskrim untuk sambut besdei anaknya, DikMira.

Dalam perjalanan balik,Along yang drive, mama dah tak boleh nak celik mata… sedar sedar dah melepasi tol Juru bila mama dapat capture pemandangan yang cantik ini..

dsc03441.jpgdsc03477.jpgdsc03461.jpgdsc03484.jpg

AHAD:

hari ni hari akhir cuti Along ..jadualnya jam 11 nak hantar Along kembali ke Cyberjaya. sebelum jalan sesak…..Pagi ni mama tak siapkan breakfast …tak yah breakfast pagi ni..mama nak masak breaklunch .Tanya Along nak pilih yang mana Nasik Kerabu atau Nasik Tomato?Seperti di jangka pilihan Along dan semua; nasi tomato…Jadi pagi tu mama ke pasar beli apa yang patut…sebelum jam 11 kami dah lunch.Nasik tomato ngan ayam masak Bombai,acar nenas dan timun, dalca campur..Bekalkan sket untuk Along bawa pulang ke asrama.Hanya mama dan abah je yang pegi antar …Seperti dijangka keluar tol je.. highway dah mula sesak..jalan kaki mungkin lebih laju..abah minta Along keluar highway— exit Sungkai ..ikut jalan biasa/jalan persekutuan hingga ke Behrang baru masuk highway semula…fuh!!…tiba di asrama Along dah lewat tengahari…sebelum bertolak balik…tiba tiba bila nak start keta baru abah perasan yang temperature dah maksimun high..mungkin Along yang bawa tadi tak perasan..cek cek rupanya tangki air tak bertutup sepanjang perjalanan tadi!…..Nyaris nyaris!OMG Nauzubillah…

dalam perjalanan balik laluan kami ke utara traffik lancar tetapi di sebelah sana; menghala ke KL kenderaan sesak sendat nampaknya.Dah dekat nak sampai umah, tepon adik mama, Zam yang bertolak balik ke KL dari umah mak sejak pukul 9 pagi tadi masih sangkut dalam trafik jem yang gila gila kat Slim River…11 jam perjalanan baru sampai KL! jauhnya Alor Setar-KL di highway PLUS di musim perayaan yang pada hari biasa cuma 5 jam. Kesian orang yang duduk KL…pegi kerja jem,balik kerja jem,balik kampung jem arghhh!tension kan.Sib baik dok pekan kecik..