SELAMAT BERJUMPA KEMBALI…

Rabu: sorang Abang pemancing datang dengan matakail terlekat di ibujarinya seperti ini ;

dsc03129.jpg

Khamis:

Bertolak balik ke kampung di utara sempena cuti empat hari CNY ..”ayoyo , apapasal cuti banyak lama,kalo sakit mana mau pigi?”tanya patient India mama bila bagitau klinik akan di tutup CNY nanti..”takpa la aci pegi hospital kalau ada emergency”.saran mama.” sana bukan semua orang suka…nanti kena marah”jawab Aci.”ye la kalau tak betul betul sakit kuat memang la ..Tak apa,4 hari ni, aci duduk elok elok, jaga diri baik baik..jangan sakit dulu”seloro mama.Aci keluar sambil senyum,”doktor jalan baik baik”pesan Aci sebelum keluar dari bilik mama.

Sepatutnya cuti cuti begini mama patut buka klinik untuk beri kemudahan kesihatan kepada pesakit kerana 4 klinik GP Chinese di pekan ini akan bercuti..begitu juga pesan ayah..tetapi tarikan balik kampung begitu kuat…dah rindu pada sawah bendang yang baru dituai padinya….dan rindu pada dingin pagi musim angin Timur walaupun siangnya panas terik mencengkam kulit.Nak attend kenduri kawin sepupu pada Sabtu nanti dan membawa Along berjumpa Tok dan Wan di kampung sebelum berakhir cuti semesternya menguatkan alasan untuk balik kampung dan bercutiii…Jadi selepas subuh kami sekeluarga bertolak ke utara……berenti singgah di Bukit Merah Waterpark,tak mandipun hanya cuti cuti Malysia aje melihat cenderahati yang banyak di jual di situ…dan bergambar..Along dan Angah jadi mat bunga kejap untuk test skill mama ehehe…

dsc03160.jpg

tiba di Aloq Setaq,terjumpa kedai di depan Pekan Rabu yang menjual makanan ringan; kueh muih traditional yang cantik di ‘pack’ seperti ini.Ada nilai komersial kan?so kalau nak ekspot ke luarnegara rasa bangga sikit.

dsc03197.jpgdsc03198.jpgdsc03203.jpgdsc03200.jpgdsc03206.jpg

tiba petang di rumah mak, di sambut oleh Adik mama, Rohaya dan anak anaknya yang tiba awal dari Penang.Mak dan adik adik Z dan Rohani pegi hantar pengantin di Pergleh.Sementara menunggu depa balik kami berkumpul di rumah Pakngah bertanya kabarnya selepas kematian Makngah tempohari..dah sebulan lebih Pakngah masih tak boleh tidur sendirian di biliknya lagi…masih terasa kehadiran Makngah di sisinya..Kami duduk bersembang reramai begini di depan rumahnya..

dsc03214.jpg

dsc03257.jpg

menziarah cucunya yang baru lahir kat sebelah rumahnya.memang betul kan kaki sebesar tapak tangan kita di besarkan.

Pastu cek luka Hapit ,anak saudara mama yang sebaya Along…yang dibedah 3 minggu yang lalu dan masih kena dressing setiap hari kerana ‘acute pilonidal abscess..Tapi ada citer menarik semasa operationnya.akibat tersilap doktor memastikan dimana tempat untuk di bedah sebelum membius.Pilonidal sinus yang bertukar menjadi abscess berisi nanah hanya berlaku di cleavage between the buttocks (natal cleft) di belakang dekat ngan p*****ng..tetapi semasa membius Hapit di biarkan berbaring terlentang di katil bedah pastu baru di kenalpasti tempat yang sepatutnya di bedah..jenuh la depa nak kena terlungkupkan Hapit yang dah tak rasa apa apa tu…buka senang nak terlungkupkan Hapit yang hampir 100kg tu!Nyaris tak jadi seperti pelajar u sebelah katilnya yang tersilap toreh..lain yang bengkak lain yang ditoreh doktor!awat la ceq tak tanda dulu atau baca kes note betui betui sebelum buat ..isk!isk!buat nanya patient ja.Lukanya dah nampak bersih cam ni (ini contoh saja tau)

pilonidal-sinus.jpg