Sejak semalam pekan kecil kami dah jadi sesak macam KL…kereta besar besar belaka berplet no. Singapore dan negeri negeri lain dah mula menyesakkan jalan kami yang tak berapa lebar tu.restoran depa pun dah penuh dengan pelanggan,malam malam penuh hingga melimpah ke atas jalan kerusi meja ….itu penangan CNY (chinese new year)..Pandangan biasa di bandar besar tapi luarbiasa di sini..pekan kecik..tengok kat google earth pun tak berapa jelas.ehehe…kat pasar abah kata tempat parking dah penuh,sesak ngan orang ramai … susah nak dapat parking dekat dekat ..terpaksa berjalan jauh…Kesian abah.Harga ikan dan barangan di pasar dah mula naik..bayangkan udang yang dijual RM20/sekilo sebelum ini dah jadi RM50/sekilo!Mak oii! alasannya “balang tak lak oooo.susah lapat..semua balang naik halega”Mama tau depa nak cekik darah anak anak China yang kerja kat Singapore tu yang balik beraya di sini..memang ler duit depa banyak bila duit  Singapore tukar ke duit kita…tapi kita yang tercekik jugak…Sori ya Baem..hajat auntie nak masak rendang pedas udang galah feberet tak tercapai tempohari..nanti kalau ada rezeki tunggu ….toke udang dah sorok untuk CNY

sambung citer semalam…ni contoh kampung orang asli

oa.jpg

kejadian cholera memang mengemparkan …jadi mama panggil emergency meeting (meeting lagik!i hate this ) semua terlibat ..dari doktor hingga kepada drebar hingga kepada pekerja am..semua patut tahu dan alert tentang hal ini.Kena cari, rawat dan pada masa yang sama control apa yang patut.Doktor di OPD(outpatient department) .. kalau dapat kes AGE biasa tapi sekarang kena jadi luarbiasa..kena order stool for cholera..kena maklum/notify pada pejabat kesihatan..espy kalau ada kes dari kawasan setempat atau sekitarnya atau kalau ada peningkatan kes AGE yang luarbiasa di klinik.

Jadi petang tu jugak..terbentuk beberapa team yang akan berangkat pergi ke kampung tersebut.Tugasannya:- Ada yang ditugaskan pergi cari kes kolera,(bererti kena interview setiap isirumah tanya simpton kolera spt cirit birit, muntah dsbnya) ,ambik stool /feces/najis semua(di baca sekali lagi semua) penduduk kampung itu dari yang kecik baru lahir hingga yang tua…bawa balik najis tu untuk diperiksa.., kalau ada yang disyaki..pesakit tu kena dibawa keluar untuk rawatan sebelum menjadi teruk…. Satu team untuk kawalan ,ambik sample air, buat klorination, bagi pendidikan kesihatan..periksa bekalan air..rupanya kampung tu dah ada bekalan air paip dari air bukit(ni la original mineral water)  yang dipasang dengan bantuan jabatan kesihatan  sejak sepuluh tahun lalu..tapi paipnya dah banyak yang pecah, bocor dan terdedah di atas tanah).oleh sebab kaadaannya rumah penghuni terletak diatas tanah yang tinggi rendah gitu ..ada air acaq(dibaca air limbah) rumah atas bukit mengalir turun ke bekalan air minum umah sebelah yang lebih rendah.kontiminasi kan? pastu..banci tandas…untuk buatkan tandas sempurna kalau perlu(ada tandas tapi bertenggek kat atas batang kayu tepi sungai lagik nyaman…plup!plup! dah hilang disambar ikan, tak yah susahkan Indah Water.

Sebab hari dah petang kena bersedia ngan lampu suluh dsb. kalau kalau tak sempat balik siang,kena la berjalan gelap dalam hutan .Kereta pacuan empat roda jabatan hanya boleh sampai kat pinggir hutan..selepas itu semua staff kena jalan kaki masuk hampir 1 jam baru sampai ke sana.

Sapa yang biasa naik motor scrambler boleh la bawa motor broom !brum! buat aksi motorcross dalam hutan sebabnya jalannya berbukit dan bergaung.Sorang PKA(pembantu kesihatan awam) yang cuba naik motor ke sana tapi terbabas terjun gaung semasa misi ini , tersangkut di pokok buluh dapat diselamatkan,baliknya penuh ngan calar dan luka…alhamdulillah(orang macam ni la patut diberi pingat penghargaan sebenarnya kan?)

Hari pertama, depa (bukan mama ehehe mama tengah sarat masa tu) dapat bawa keluar 6 kes yang disyakki yang kemudian konfirm kolera.

Ujian najis yang dibawa balik mendapati beberapa orang menjadi  pembawa (maksud pembawa i.e dalam usus diaorang ada kuman kolera tapi tidak menunjukkan simptom cirit or birit or muntah).pembawa atau carrier ni yang mudah menjangkitkan oranglain…esoknya dan esok seterusnya staf akan berulang alik ke sana untuk memastikan semuanya telah disurvey dan di periksa tanpa terlepas..termasuk saudara mara mereka orang asli yang berulang alik melalui Banjaran Titiwangsa dari Pahang dan Kelantan menyeberang ke sini.Kampung Orang asli yang berdekatan pun diperiksa dan ada kampung yang kosong di tinggalkan penduduknya dah lari berpindah …bila dapat tau ada penyakit yang membawa kematian di kampung jiran, depa memang gitu..

Sample air,  ada collection point yang positif…menyebabkan  setiap hari seorang penduduk orang asli di situ diberi tanggungjawab mengambil sampel air untuk dibawa keluar…ha dia ni memang terer bawa motor dalam hutan tu…kembang hidungnya bila dipuji gitu..bersemangat dia bawa sampel air tu hari hari without miss.

Setiap hari berlalu..dengan report ke JKN dan KKM 2 kali sehari,bilik gerakkan beroperasi sepenuh masa.mesyuarat dari masa kesemasa untuk tindakkan dan dapatkan pandangan dari staff yang pergi..serta langkah kawalan ditingkatkan..uish!macam laporan ke WHO plak…

Dan  setelah beberapa minggu semua akiviti terfokus  di situ akhirnya semuanya terkawal, tiada kes baru dilaporkan…yey!yey! staff menarik nafas lega..jom mama belanja.