teratai berkembang di kolam mama(gambar diambil oleh drzeze):-

dsc03320.jpg

“Pakcik kamu dah  tak sedar diri!”terkejut mama bila makcik sorang ni terjah mama dengan cerita sensasinya di pagi hari gitu..

Makcik F, mualaf  50an ,yang mempunyai 3 anak dah bercucu… sentiasa bersemangat  cekal  walaupun disahkan mengidap kanser pangkal rahim sejak 3 tahun lalu …masih kuat berbasikal ke sana ke mari dengan kolostomi bag di pinggang kirinya!

“Pakcik kamu(merujuk pada suaminya) dah tak boleh lekang dengan enfonnya sekarang ni,heran makcik ;masuk bilik airpun bawa enfon,dok kat umah enfon tersimpan dalam gulung kain pelikatnya..tak letak merata macam dulu lagi.Makcik dah taksedap hati” bersungguh makcik ni bercerita.

Sejak suaminya pencen dia sekeluarga dah tinggal menetap di pekan ini.Selepas menjalani rawatan untuk kansernya ,dia selalu berulang alik ke Kulompo untuk rawatan susulan hingga sekarang.Tapi suaminya yang selalu merengus marah bila selalu kena berulang alik untuk follow-up,”abiskan duit minyak aku je”,abiskan duit pencen aku”, macam satu beban yang menyiksakan terpaksa  membawa isterinya ke sana.Sejak itu hidup mereka macam kucing ngan anjing je..selalu bercakaran…berdebat dah jadi bualan harian…kata kata manis dah jadi sejarah,”kamu pempuan dah tak boleh pakai” kesat sekali kata suaminya dah jadi biasa..dah tebal telinga mendengarnya; gurau senda dah lama di rindukan…berkasih sayang dan berbelas kasihan seperti di sebut dalam surah al-Rum Ayat 21 dah tak ujud lagi dalam rumahtangga mereka…Selalunya mama jadi tempat dia meluahkan rasanya,dah banyak airmatanya mengalir di bilik ini(bukan dibilik DBI  ok ehehe…tapi bilik mama) sejak dulu..mama menjadi pendengar setiianya.Tapi itu dulu..airmata mungkin senjata utama wanita untuk seketika..minta simpati ..minta dikasihani..tapi kalau dah hari hari mungkin kasihan bertukar bosan dan benci.Bukan mama yang bosan dan benci tapi pasangannya tadi.Jadi mama pesan padanya…keringkan airmata..cuba berdepan dengan realiti…kalau duduk hanya merenung meratapi diri dan susahkan hati …rugi rasanya sisa hidup di bazirkan begitu.Tak ada umphnya lagi.
Sejak itu dia cuba untuk tidak me’nyusah’kan suaminya lagi..nak ke klinik mama dia datang sendiri,naik basikal seorang diri.Ke pasar sendiri, mencari guru tuisyen SPM untuk anak bungsunya dia yang usahakan hatta reban untuk ayam di rumahnya dia sendiri buatkan!Bayangkan kalau hanya duduk berbaring di katil menunggu mati..tentu hidupnya mati sebelum ajal.

Tapi lawatannya kali ini berjumpa mama untuk rawatan kembung perut akibat kolostomy begnya yang hampir tersumbat sempat dia bercerita……..

“Dia dah galak benar..siap bagitau anak jantannyanya yang dia nak gi jumpa Mak N,janda kerja kilang, yang duduk nun di Tepeng,sanggup dia bawa kereta sorang sorang pegi sana bila hujung minggu, kalau kat sini nak pegi pasar pun dia tak sanggup..makcik gak yang kena kayuh basikal hari hari pegi cari lauk masak bagi dia makan “..mama dok lip poq lip poq dok kira jarak dari sini ke Tepeng lebey kurang 2 jam perjalann ikut PLUS highway..’Wah! bersemangat gak Pakcik yang baru 3 tahun pencen ni’.fikir mama.Itulah namanya cinta..mungkin cinta berbunga semula.

‘”Makcik dah malas nak fikir lagi dah..lantak dia lah nak buat apa,kat umah mana nak kena jaga cucu lagi,emaknya dah masuk belajar semula,kursus guru..,nak pegi pasar, nak masak, nak kemas rumah lagi, nak basuh kain,nak rehat pun tak cukup,tido malam lagi ler..”teringat mama masa dia bawa ke klinik cucunya yang kecik baru lepas pantang maknya..

“Tapi sejak ada cucunya ni mau pulak dia lamaaa di rumah”sengih makcik ni, menjadi taktiknya mungkin. Tapi yang pasti sebelum pulang makcik ni mesti bersalam dan ucapan akhir selalunya begini”maafkan makcik cakap lebey kurang ngan doktor,minta maaf ler takut tak jumpa lagi”..Beringat juga dia ni…….”Sama ler kita,buah muda pun ada yang luruh gak makcik” cepat cepat mama bersalam sebab  nampak staff dah banyak kali masuk keluar masuk hantar kad pesakit …dah bertambah dan  mungkin dah resah menunggu di luar