“2 kes kolera,sepasang suami-isteri,orangasli dari kampong PM (PM bukan Perdana Menteri tau) semalam..si suami dalam acute renal failure akibat rehaydrasi yang teruk ..isterinya agak stabil dalam wad”lapor my staff Inspektor Kesihatan(IK) yang menjaga bhgn kawalan penyakit berjangkit sebaik mendapat laporan(notifikasi) dari hospital I.

Pasangan ini yang tinggal di kampung yang jauh di pendalaman nun di tengah hutan dekat dengan Banjaran Titiwangsa …. terpaksa di angkut keluar dengan helikopter terus ke hospital. Kalau berjalan kaki lebey kurang 1 jam perjalanan.Kenderaan tidak boleh sampai ke sana.

Di fahamkan anak bungsunyanya yang berusia 8 tahun baru je meninggal, juga cirit birit dan telah di kebumikan di pinggir sungai kampung tersebut!.Air sungai tu lah satu satunya sumber air yang digunakan oleh penduduk di situ untuk membasuh ,memasak,mandi dan membuang najis di situ!yang mengalir keluar menjadi airterjun yang menjadi tumpuan pengunjung untuk mandi manda kemudian mengalir ke pekan kami menjadi tempat feberet untuk memancing ikan…dan akhirnya keluar ke muara yang mungkin subur untuk tempat ternakan kerang….sebelum sampai ke laut..Hah! tak ngeri ke?

So yang si sakit di hospital dah ada doktor yang merawatnya..jadi macamana nak mencegah yang lain dari berjangkit penyakit yang merbahaya dan glamer ni…mana tak glemernya kalau keluar suratkabar atau tv, pasti riuh rendahlah kat kementerian hingga ke WHO….dan boleh menghalau keinginan pelancung nak bertandang ke negara kita..tak ke haru jadinya sedang negara nak mempromosikan tahun melawat Malaysia dah jadi tahun merawat Malaysia plak…

Jadik..inilah tugasnya doktor yang duduk di Pejabat Kesihatan..bila berlaku wabak macam ni kena la bertindak segera….dan amat malang pada masa tu mama berada di kerusi itu….