Semalam Sabtu selesai tugas di klinik jam 2.30 ptg,mama pulang ke rumah dengan sekotak besar orange mandarin dari Chinese friend yang menyewa di tingkat atas klinik mama..MusiM perayaan CNY(Chinese New Year) ni mama kenyang dapat orange free dari rakan rakan Tionghua  di sekeliling sini..Tapi ingat kandungan sugar dalam limau ni bleh tahan gak kan?4 biji orange Mandarin = ngan sepinggan nasik  kandungan gulanya or sebiji orange has sugar content sama ngan sekeping roti…So be careful sesiapa yang diabetic.

Baiknya diaorang ni bila musim CNY bagi berkotak kotak limau mandarin free, bila mama sambut Raya puasa dapat hamper free..bukan rasuah kan? tak yah istihar kan?..tapi kalau kerja gomen kenalah kot?Dua hari yang lepas rakan mama, doktor China di klinik belakang hantar lagi sekotak…bestnya patient pun bleh merasa gak orange free ni.Tauke China bergelar Dato’  hantar 20 kotak orange free kat surau kami…ehehehe bila raya tak teringat pulak nak hantar ketupat rendang ke tokong depa…boleh ke?

Selesai lunch abah tepon kawannya lamanya,lecturer  yang datang buat survey bersama studentnya kat sini pelawa bermalam di rumah kalau dah selesai..dia setuju tapi lewat malam sikit bila dah selesai ngan studentnya, katanya.Kemas kan sikit guestroom kat bawah ngan abah, bila selesai  jam dah dekat 4.00ptg.Janji petang ni nak pegi ambik Along di Kampar …yang akan tiba ~ 5.00ptg dengan keretapi dari Johor..g jalan jalan musim cuti semester break ni.

Stesen keretapi Kampar yang canggih tapi lengang masih belum beroperasi sepenuhnya lagi… jalan masuk ke stesen disambut sekawan lembu yang banyak berkeliaran di luar stesen.Stesen ni cuma tempat singgah je tak boleh beli tiket pun di sini lagik…naik turun je boleh..Kemudahannya lengkap tapi sayang belum dimaksimakan penggunaanya.Surau nya cantik berhawa dingin masih belum terusik nampaknya…Kata stesen master ..keretapi laju yang canggih hanya mungkin akan sampai ujung tawun ni..atau mungkin tawun tawun depan…

Kenapa tak naik bas yang canggih laju tu p Johor?soklan ni mama tanya kat Along masa dia minta permission nak g Johor ngan Baem, kawan baiknya yang hensem berilmu tinggi tu…(Baem ,saham naik tu ..pasni kena le balanja auntie ehehehe).Along fobia kot nak naik bas bila dengar n tengok berita bas bas yang pemandunya suka pandu laju laju…suka baca/jawab sms masa memandu..suka mengantuk terbabas masuk lorong bertentangan walaupun sikit punya luas jalan raya kat highway kita, suka buat stunt terjun gaung dan buat drift dijalan hinggakan bertaburan penumpang atas jalan.Ngeri oooooo.Ops sikap kita masih belum dapat mengubah sikap pilot pilot bas ni nampaknya.Cuma bagusnya drebar di sini penumpang takpayah bagi baksis(betul ke?)/upah macam kat Mekah tu.Budaya baksis kat Mekah  nampak cam fenomena biasa dimusim haji kan.Kalau tak… pemandunya akan buat ragam macam macam…ada ka patut pemandu bas larik tinggalkan kami jemaah haji dalam bas kat Muzalifah di tengah tengah kesibukan musim haji akbar suatu masa dulu! alasannya baksis tak diberi!Kat sini tak de la pulak dengar camtu kan.

Sambung lagik….

Selesai ambik Along kami terus ke Hospital Batu Gajah dalam hujan yang rintik rintik untuk menziarahi Paksu Kadir yang di wadkan akibat jatuhpengsan di rumah, kabarnya masaalah jantung. Hujan lebat menyambut kami di sana,abah(FIL) ngan mak(MIL)pun ada sekali…datang ngan adik dari T.I.Paksu nampaknya ceria peramah macam selalu tetapi masih dalam heparin infusion..unstable angina kata misi.Hospital zaman penjajah tu agak unik agak menggerunkan kata Paksu…so malam malam Maksu kena temankannya.

Selepas maghrib, ajak semua makan kat gerai tepi jalan yang makannya tak memenuhi selera ..Nasik paprik kegemaran anak anak,Ari, Angah dan Azim serta sepupunya Lop dan Own, tak menjadi macam yang selalu mereka makan di pekan kami…Abah kata kalau mama jual makan tentu laku..meesup, mee bandung,laksa utara uish!sedap ! komplemen tu abah.tq…

Dalam perjalanan balik abah dapat call dari kawannya tadi bagitau takjadi bermalam di rumah kami…hostel tempat studentnya menginap dah sediakan bilek untuknya..abah kat ok nanti dia datang ke sana untuk bernostalgia zaman sekolah dulu.

Sebelum tiba umah tiba tiba treet!treet!treet! dapat mesej dari Jat, sepupu mama yang nak kawin(dah nikah sebulan yang lalu ) semasa cuti CNY ni, nak singgah bermalam di rumah dalam perjalanan balik dari KL ke Kedah malam ni..Dia berdua bersama wifenya..Call dia,”dok tang mana dah?”soal mama, nak budget masa nak masak ni…’kat Sg Buluh ujan lebat ni”..Agak-agak lebey kurang 1 1/2 jam lagi sampai ler tu…lega sempat lagi masak.”ok bawa le elok”kata mama sambil dok melilau pikir nak masak apa ya…Abah dah bersiap nak pegi jumpa kawannya.Anak anak dah masuk bilik masing masing..letih berjalan siang tadi kot.

selongkar dalam fridge…malas nak pangge pembantu turun..Panaskan nasi,mama goreng ikan pekasam 2 ekor, ikan bilis goreng ranggup campur bawang ngan cilipadi,ayam goreng kicap siang tadi ada lagi ngan asam pedas ikan kembung campur belimbing besi,tumbuk sambal belacan ulam ngan daun selom dan timun pastu, jerang air panas untuk buatkan air nanti..pastu tunggu….layan internet dulu.

11.00malam Jat dan wifnya, dua dua jurutera muda lepasan UTP ni tiba.. hidangkan makan late supper..berselera depa makan  ..buatkan milo panas sebab kat luar sejuk hujan…untuk mama se’mug’ cuppucino panas temankan diorang makan….selesai makan sembang sembang kejap.Depa nak buat majlis kawin hari khamis (1st day CNY) kat umah pengantin pempuan di Pergleh dan umah Jat hari Sabtu ni di Kedah..Bererti mama juga akan balik ke sana cuti ni …Sedar sedar jam dah pukul 1.00am mata masih segar..bila depa  masuk tidor mama masuk ke bilik tapi..mata masih terang(penangan cuppucino tadi kot)..layan internet sedar sedar dah jam 5.00am.uish! mengarut sungguh!…ya ampun..orang bertahajjud awak!(sambil tuding tunjuk diri sendiri)