“tak tidor dia setiap malam..siang pun tak tido.Bila malam asyik menjerit panggil suami saya duduk dekatnya saja…”keluh seorang isteri, ibu 3 anak merangkap guru sekolah pada mama suatu hari.Mukanya agak sembab macam tak cukup tidur.

“Memang saya pun sekali tak dapat tiddur,kejap kejap terjaga mendengar rengekan ayah ..”seperti dia membaca tekaan mama.

‘Ayah’ yang dimaksudkan oleh cikgu ini merujuk pada her FIL(father-in-law) yang dah terlantar sakit tua di rumahnya sejak sebulan yang lalu.Her FIL di usia 80an, yang isterinya dah lama dipanggil Illahi mengharapkan belas ihsan anaknya yang ini untuk menjaganya sejak itu.Pada waktu ini segala-galanya minta dibantu..kalau dulu dalam tidur boleh beralih ke kiri atau ke kanan sendiri tetapi sekarang ..perlu dibantu.Dah lenguh mengiring sebelah kiri ..nak beralih telentang atau nak ke kanan takmampu di buat sendiri.Menjerit siayah memanggil anaknya yang nyenyak tidur keletihan untuk membantu…tapi tak lama dia bertahan dalam keadaan begitu ..nak beralih ..ke kiri ..telentang ..ke kanan..ke kiri..lenguh ..lenguh dan lenguh hanya dia yang tahu.Luka di punggungnya(decubitus ulcer atau pressure sore) dah mula membesar memeritkan.
Rasa haus atau lapar nak makan di tengah tengah malam…tak dapat diambil sendiri…kejutkan anak minta suapkan. Dapat makan sesuap dua dah rasa kenyang..kadang kadang anak keberatan nak melayan permintaannya..”kan ayah baru makan tadi”keluh anak separuh pejam.”Ala dapat nasi sekepalpun jadilah”rayu ayah macam benar benar lapar.Pernah anaknya memang betul betul bawa nasik sekepal suapkan ke mulut ayah..lepas makan ayah diam sekejap tetapi kemudiannya minta lagi..dan lagi…sabar anak semakin menipis…kata-kata lembut sebelum ini semakin jarang kedengaran..nada suara anak semakin keras dan kasar.Ada ketikanya separuh menengking.Cikgu semakin sedih melihat ayah mertuanya yang tua di tengking begitu tetapi kasih dan kasihan serta faham kenapa suaminya mula berubah tingkahlaku.Letih dan tidur yang terganggu menambah stress..menipiskan sabar..menimbulkan pekerti kasar..tanpa sedar mungkin….

Rasa sunyi ditengahmalam ..mata ayah tak mau tidur..sepinya malam dia nampak macam macam tetamu pelik yang muncul dalam pandangannya..”ada wajah tapi badan berjurai macam meehun”katanya dan lain lain wajah yang menakutkan muncul ..menjerit dia memanggil anaknya tidur di sampingnya.Anaknya yang tertidur tapi mata ayah masih takmau lelap…Cikgu yang di dalam bilik seram sejuk tidur keseorangnya membiarkan suaminya berbakti pada ayahnya.Esok suaminya perlu bangun pagi ,nak ke sekolah mengajar macamnya juga walaupun wajahnya macam orang mamun saja…tau ka mamun tu apa?Anak bungsu mama, Arif selalu tanya gitu bila dengar istilah ini semasa balik umah toknya di utara.Mamun tu macam mamai, jawab mama.Arif lagi konfius..mamai tu apa pulak?ehheheh sila buka kamus dewan…

Panjang lebar cikgu bercerita .. nak justifykan kenapa dia sakit kepala, sesak dada dan tegang urat tengkuk sejak akhir akhir ini…”Adakah saya ni juga dah jadi stress?Kalau suami saya stress, saya dan anak anak yang jadi mangsa..saya takut di sekolahpun anak anak muridnya pula mangsa seterusnya…” Terbayang mama pada cikgu J , cikgu English Azim yang mungkin juga ada masaalah serupa.

“Masaalahnya..ayahnya hanya maukan anaknya saja melayannya..kalau saya datang dekatpun menemaninya ..perbuatan saya serba tak kena,..kalau saya tolong garukan..garu slow slow dia kata tak rasa apa-apa..kalau garu kuat-kuat dia tuduh saya nak siat-siatkan kulitnya ..yang saya tak tahan bila dia start bercakap sorang sorang , sebut pulak semua nama orang orang yang dah takada…mak dia la, bapaknya la…pastu siap marahkan saya kenapa biarkan orang tu berdiri je kat pintu..tak jemput masuk..mana ada sesapa kat pintu.Dah nyanyuk ke?”mama membiarkan cikgu ini membuat diagnosisnya sendiri.

‘Takada anak lain yang mahu bergilir menjaganya?”soal mama,sekurang kurangnya kalau ada caretaker yang lain boleh bergilir menjaga ayahnya supaya dapat mengurangkan stress pada cikgu ini sekeluarga buat seketika .

“mana maunya..hujung minggu kadang kadang ada la yang datang menjengok..tapiiiii kalau dah datang ramai ramai anak beranak tu tau tau ajelah…kami tuan rumah yang lagi letih nak kena melayan makan minum mereka ni pulak ..pastu mereka balik dengan pinggang mangkuk dan periuk belanga yang berselerak…….”Hah!ingat tu kalau pegi melawat orang sakit jangan lelama sangat hingga menyusahkan tuan rumah yang sememangnya dalam musibah…Bawa ler apa yangpatut untuk meringankan beban mereka,jangan pandai komplen aje..pot pet pot pet…tak pandai jaga ler hingga jadi pressure sore gitu.

elderly.jpg

Dalam sebuah Hadis Qudsi, Usman bin Affan berkata, Nabi saw bersabda, Allah berfirman, maksudnya:

‘Apabila hambaKu telah mencapai usia 40 tahun, Aku akan jauhkan dia dari 3 macam bencana, iaitu; gila, kusta dan sopak. Dan apabila dia mencapai usia 50 tahun, Aku akan menghisabnya dengan hisab yang ringan. Dan apabila dia mencapai usia 60 tahun, Aku akan dorongkannya supaya suka bertaubat. Dan apabila dia mencapai usia 70 tahun, Aku akan jadikannya dicintai oleh para Malaikat. Dan apabila dia mencapai usia 80 tahun, Aku akan catitkan kebajikannya semata, dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya. Dan apabila dia mencapai usia 90 tahun, akan berkatalah para Malaikat: Orang ini sebagai tawanan Allah di buminya, maka diampunkanlah segala dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian, dan dibenarkannya mensyafaatkan. Dan apabila dia mencapai usia terlalu tua, Allah mencatitkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan di waktu sihat dahulu, dan kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatitkan atasnya lagi.’ Riwayat Tarmizi (Hadis Qudsi, Syed Ahmad Semait, ms 45)

Di dalam surah al-Ahqaf ayat ke 15, Allah berfirman bermaksud:

“Dan Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia supaya melakukan kebaikan kepada kedua ibu-bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan susah dan melahirkannya dalam keadaan susah. Dan tempoh mengandungnya sampai menceraikan susu ialah tiga puluh bulan sehingga apabila ia sampai ke tahap kekuatan tubuh badannya dan sampai kepada umur 40 tahun, ia berkata: ‘Wahai Tuhanku!’ Ilhamkan kepadaku supaya aku mensyukuri nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibubapaku, dan supaya aku beramal dengan amalan soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah kebaikan itu sehingga kepada zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang menyerah diri kepada Allah.” Al-Ahqaf:15

Pesan ustaz , pada yang dah above 40 tu…amalkan doa (yang mama boldkan itu)ini selepas setiap kali sembahyang …