tau apa itu gay?tau apa itu lesbian?tau apa itu homosex?…tahu!!!…sure pakat angkat tangan .

Pengalaman memberi ceramah kepada pelajar sekolah dan bakal pengantin terminology ini sudah sinonim dengan jangkitan HIV/AIDS dan gaya hidup ‘so sial’ sekarang…amat difahami dan dimengertikan.

Tetapi bagaimana dengan drug addict yang lalok dijalanan, ditepi longkang..maknyah dan pelacur yang terbabas dengan mencari makan dengan menggunakan hukum ‘darurat’ yang dipakai dari kenyataan seorang ilmuan agama wanita yang sudah berjawatan politik.Istilah istilah glamer ini tidak sampai kepada mereka yang berisiko.Mereka tak sedar yang label label homo,lesbian dan gay itu ditujukan kepada mereka ..bukan mereka tahupun.Laaaaa….gitu ke? Jom kita baca kisah ini….

“kamu ni gay ke?”soal mama pada budak muda berusia 20an bila dia mengadu ada ketuat di sekeliling duburnya.Dia tercengang sambil menggelengkan kepalanya..geleng apa? bukan gay ke ? atau tak tau apa itu gay?.

“kamu tau apa itu homosexual?”saja mama bagi dia konfius lagi.Berkerut dahinya tanpa jawapan…

Dia sekolah takat darjah 6 saja.Duduk di kampung menolong ayahnya di ladang.Mangsa kemiskinan dan kemalasan mungkin….. menyebabkannya tercicir untuk meneruskan pengajiannya.Jadi mungkin masa kempen Kesedaran HIV/AIDS kat sekolah dia terlepas!

“Ada sesiapa usik atau guna jalan belakang kamu ni?” soal mama lagi.Dia yang heran sejak tadi mula tersengih sengih … “Ermmm…Ada.Errr macamana doktor bleh tau?”.balasnya mula gelisah mungkin rahsianya dah terbongkar.

Hah!…mama mula mengorek rahsia…berkongsi di sini bukan bertujuan untuk mendedahkan secret file mereka tetapi untuk menjadi pengajaran kepada masyarakat kita yang sangat sulit memperkatakan perkara sulit yang akhirnya menyulitkan mereka….berapa banyak sulit daaaa….sori BM mama masa SPM takat cukup makan aje…

“Ada sorang abang sebelah umah tu baru balik dari Key Eel ..dia ajak saya tengok video entah apa kat umah dia..pastu dia ajak saya buat camtu..mula mula sekali, kemudian dua tiga kali bila ada peluang …..pastu dia bawa saya gi kerja kat Key Eel..pastu lagi ramai abang abang di sana ajak buat camtu”…ceritanya lagi.Itu ler kan mama dah cakap dia tak tau apa itu gay, apa itu homo…dipergunakan begitu.

“Tapi sejak akhir akhirnya saya selalu tak sihat…berenti kerja kat sana …balik kampung semula. Masaalahnya rasa tak selesa sejak naik benda ni kat situ..mula mula sikit ingatkan biasa…pastu dah makin banyak sekarang ni.Ada ubat ke?”..soalnya semula ,berbalik kepada tujuan utamanya datang.

analwart.jpg

Mama bersimpati dengan kejahilannya…tapi sebenarnya kena empati.

‘Pernah dapat rawatan di mana mana sebelum ni?” soal mama saja nak menduga.

‘Pernah …kat klinik k*******n tapi deme bagi ubat je tak cek pun”.Tu ler masaalahnya…. ada doktor sendiri yang takut nak tengok kes kes begini.

“Kamu nak buat ujian HIV tak?” soal mama selepas panjang lebar mama berterus terang tentang kemungkinan jangkitan HIV terhadapnya.

“mahal ke? saya tak bawa banyak duit ni.Saya tolong ayah kat ladang je sekarang ni.”katanya berterus terang…”Yang penting kamu setuju”…balas mama.

Seminggu kemudian dia datang kembali dengan keputusan ujian di tangan mama….Sah! HIV positif!

“Camna saya nak bagitau keluarga saya ni ada penyakit ni…mesti deme tak percaya sebab saya belum kawin lagi…… macamana boleh dapat???”….

Laaaaa…..itu pulak yang menjadi masaalah nya?