“eeeeee dah teruk la cikgu J tu mama,asyik nak marah kejenya.Tadi kami kena marah lagi.Tapi bukan salah kami.”gerutu Azim bercerita tentang cikgu J, cikgu Englishnya yang selalu mooody…..sambil sibuk tangannya menyuap makanan, lapar baru balik dari sekolah.

Azim baru masuk tingkat 1 bersekolah tahun ini…pengalaman di sekolah baru bergelar menengah selalu mengujakannya. Tapi dia dan rakan sekelasnya selalu taktahan dengan perangai cikgu yang satu ni…cikgu J cepat merajuk, marah marah dan selalu sentap tak mau ngajar bila ada sedikit kesilapan murid lakukan,nak senyum?minta maaf….dia belum pandai lagi.Bila jumpa, pelajar bagi salam tak dijawabnya..muncungnya je yang panjang.

“Tadi masa subjek English dia ada pesan kat pelajar kelas lain suruh kami pegi ke Blok A (kelas Azim kat blok F).Tapi pelajar tu terlupa nak begitau kami pulak.Kami dok tunggu dalam kelas macam biasa..dah dekat nak habis waktu English baru cikgu tu datang marah marah.Kami yang tak tau apa apa tercengang heran…”laju Azim bercerita.Hari tu macam waktu Subjek English yang lepas lepas mereka tak belajar apa apa.Cikgu J asyik melayan marah dan rajuknya.Pelajar hanya diam menyimpan benci…

Habis Azim bercerita abah bertanya,’ Pastu camna Azim ngan kengkawan nak selesaikan masaalah ni.?.saja abah nak menduga.

‘Nak mama dan abah komplen kat gurubesar ke?” saja mama berseloro.( jangan main main…nak komplen sekarang ooooo silap silap makbapa kena saman ngan NUTP plak)

“Eh! jangan mama nanti teruk Azim kena marah ngan dia” pantas Azim mencelah.” Dah lah hari tu dia marah Azim sebab lambat masuk kelas dia,tapi kami ada perjumpaan pengawas hari tu”kata Azim yang baru dilantik menjadi pengawas sekolah.

” Ala cikgu tu dah menopause kot moody semacam je tu …”seloro mama lagi.

“gini lah ,Azim ngan kengkawan pakat ler ramai -ramai pegi jumpa cikgu J.Tanya dia apa patut kome buat untuk bagi cikgu J tak marah lagi,berani?” saran abah pada Azim. Jadi masaalah ‘ besar’ pada diaorang yang belum dapat belajar dengan sempurna subjek English setelah hampir 3 minggu di sekolah.

Hari Rabu minggu itu sekolah mengadakan perjumpaan ‘suaikenal dan bertukar fikiran’dengan semua ibubapa pelajar -pelajar tingkatan 1,peluang ini digunakan sepenuhnya oleh parent.

Jumaat walaupun takda English dalam jadual waktu Azim, cikgu J masuk kelas sebelum loceng waktu akhir sekolah di bunyikan.

‘Tiba- tiba Cikgu J bagi homework yang banyak kat kami cuti hujung minggu ni” ………………Balas dendam gamaknya lepas kena komplen ngan parent tempohari.

Semalam Azim kecoh lagi semasa balik dari sekolah,” Hari ni cikgu J takbercakap dalam kelas,semua arahan ditulis atas whiteboard je…tapi dia merajuk keluar awal dari kelas sebab bila dia tulis kat white board “raise your hand to answer ” tak ada respon”…

Ada Cadangan anda untuk mengatasi masaalah cikgu ini?….. Harap jangan minta mama tulis surat komplen.