Petang tadi sedang silih berganti patient masuk untuk mendapat rawatan tiba tiba masuk seorang kakak yang memotong que …….nampak tergesa gesa dia,”Maaf, doktor saya tak sakit apa apa tapi nak minta tolong sikit..tentang mak saya.,”di tangan ada sekeping kertas yang di hulurkan pada mama.Discharge note dan appointment card dari hospital.

Mama kenal kakak ini, baru minggu lepas dia datang membawa ibunya yang sakit kencing manis dan diserang stroke sebelah kiri badan(left hemiplegia) tiba tiba pagi itu…pemeriksaan mama mendapati ibunya juga mengalami cardiac arrhythmia (abnormal heart rhythm) – atrial fibrillation,fenomena yang memungkinkan ibu tua ini mendapat stroke.Jadi mama rujuk terus ke hospital sebelum terlewat.

“Masuk wad 4 hari je ari tu..pastu dah elok sikit cuma tak boleh berjalan je sebab sebelah kirinya badannya masih lemah,tapi sejak 2-3 hari lepas dia tak boleh nak makan ..tak boleh nak menelan …minumpun asyik tersedak aje. Tapi ari ni nampak dia teruk benar…asyik tidur aje.Saya kat rumah tak tau nak buat apa…takkan nak tengok aje..makan idak , minum tidak…kesian kat dia”.Nampak benar risau kakak ni, letih diwajahnya masih belum hilang..ye la menunggu maknya sepanjang di wad tempohari agaknya.

Katanya, suaminya juga ….masih di wad menunggu masa untuk pembedahan hempedu…Ohhhh!Untuk suatu ketika dua musibah bertimpa…tentu akak ni sedih juga mengenangkan suaminya keseorangan dalam wad.Dan pada masa yang sama nak menjaga ibu tua yang terlantar di rumahnya…

“Minta tolong doktor pegi tengok macamana gayanya…Doktor bagi appoinment lambat lagi ,bulan 3 ni”Mama membelek belek kad temujanji dan discharge note dari hospital tempohari.Tertulis di situ AF ?MURAL THROMBUS plan for echo bulan March ini (Hah??? sempat ke?).

Mama rasa serbasalah…kalau nak pergi melawat rumah sekarang….. patient di klinik macamana?Jam dah pukul 5.00 petang.Dah terbabas janji ngan Arif dan Angah nak ambik diaorang balik dari latihan sukan di sekolah.Patient masih ramai kat luar..ye la semalam Thaipusam mama buka halfday aje…malam ni ..malam Jumaat klinik tutup macam selalu…..jadi patient tetap menunggu…dan kakak ni pun menunggu jawapan pasti dari mama.

“ginilah kak..akak balik dulu , bila saya habis tengok pesakit di sini…Insyaallah saya pergi..”jawapan mama melegakannya.Mama tau umahnya agak jauh ke pendalaman ,…..kalau terlajak sikit dah masuk kawasan perkampungan orang asli….kalau hari malam jalannya tentu gelap gulita dengan hutan di kiri kanannya….ngeri juga nak pegi sorang sorang.

5.30 ptg Arif call bagitau dia balik ngan abahnya…Sori anakku mama terlupa pasal kamu..and thanks to abah yang sentiasa beringat tentang anak anaknya.Bila selesai melihat patient jam dah menunjukkan pukul 6.45 petang .Letih..dahaga..lapar…Hari dah mula gelap…hujan dah mula rintik rintik kat luar.Camna ni?…tapi janji dah di buat.Call rumah bercakap ngan Arif bagitau dia yang mama mungkin balik leeewat ..suruh dia bagitau abah yang mungkin dah bersiap ke surau…

Ditemani duaorang staff mama…memandu di jalan yang dah mula sunyi ke kampung tersebut…lorong lorong kampung di kiri kananya penuh ngan kawasan dusun buah durian yang agak semak tak terurus….dengan rumah kampung sebuah sebuah tak berpagar berjauhan antara satu sama lain dan ada banyak rumah yang usang di tinggalkan penghuninya hampir roboh…jalan sehala yang baru berturap tar membawa kami ke hujung kampung…yang mana satu rumah ni?…nampak ada banyak kereta kat rumah sebelah kiri tu…tapi tak nampak kelibat orang di luar rumah.Mungkin ini rumahnya sebab nampak macam umah orang sakit…senyap dan sunyi…Betul telahan mama..bila parking je kereta kakak tadi meluru datang menyambut kami…

Tanpa membuang masa mama masuk ke rumah meneruskan mission yang seterusnya…

Ibu tua itu terbaring lesu di tengah rumah..saudara mara dah menunggu di hujung kepala, kanan dan kirinya…teringat pada aruah tok dulu macam gini la jugak masa sakitnya..tapi tok anak anak, cucu dan cicitnya lagi ramai dari ini…

Mama dekat dengan ibu tua ini dari kanan.Right…Ingat tu Along… always try to examine your patient from the right.Itu bedside manners.Panggil namanya,no respon,pegang tangannya …panas!Demam makcik ni…cek pulse masih kuat , normal rentaknya walaupun agak tacchy.BP OK, ‘air hunger breathing’…tapiii mulutnya yang ternganga tanpa gigi nampak tersssangat la keringnya..mata kering…dah ada putih putih di lidahnya…oral thrush.Dah putih dalam mulut ,”Not a good sign” kata orang kampung.. Chest clear…jantung orait…check glukos darah…mak oiii! mama punya glucometer menunjukkan readingnya ‘HIGH’!..DKA !Diabetic Coma.

“saya dah tak bagi dia makan ubat kencing manis dah…dia tak boleh nak telan..airpun dia payah nak minum.Tapi sejak dua tiga hari yang lepas dia nak makan laici,nak bubur, nak pengat,nak kuih bingka,nestum bancuh ngan susu pekat..saya bagi je tak sampai hati pulak…tapi ubat memang saya tak bagi dah.”…bagitau kakak tadi bila mama tunjukkan keputusan gula padanya…

Pastu macamna? nak bagi peluang ke pada mak ni?” soal mama pada anak anaknya selepas mencadangkan agar ibu tua ini di bawa segera ke hospital.Bla..bla…bla..bagitau apa rawatan yang boleh dibuat nanti.

“Tapi sapa nak menunggu ,saya dah tak lalu(dah tak larat) dah…hari tu saya yang menunggunya..letih tu pun belum hilang lagi…diaorang ni pun (sambil merujuk pada kakak kakaknya yang lain di situ) ..tak mau nak tunggu kat spital tu.masing masing ada hal.. dah nak balik…esok suami saya nak kena bedah” kakak tadi memandang pada kakak kakaknya mohon simpati.

takngapa kalau takder yang nak menunggu..misi boleh jaga“pujuk mama.Deme menggangguk.Apa la deme ni mak sorang ni pun bertolak tolak nak jaga…mak bukan boleh di beli kat pasar malam oiii.Dulu masa deme kecik kecik mak ni la yang berjaga malam tukar lampin basah tu… boleh aje…Bergilir ler jaga(gerutu mama dalam hati).

Teringat pada my mak saudara Wa Yam yang masih kat wad..ditunggu oleh cucu lelakinya,Faiz yang darjah 6 bergilir dengan kakaknya, adik Mira tingkatan 4(semalam mama call Faiz sedang tunggu toknya dalam wad …dia dok buat kerja sekolah sebelah katil toknya)…Malam ni abah pulak tunggu katanya…Terfikir jugak..esok esok kalau mama sakit gini ada ke anak anak atau yang sewaktu dengannya nak tunggu?.”Hangpa takpa la ada anak pempuan boleh tolong tukaq lampin hangpa bila tua tua nanti”pernah mama berseloro ngan adik adik mama, Rohani , Zaharah dan Rohaya .uish!melalut ke lain ler pulak ..hari dah nak gelap ni…

Terus mama call ER hospital T…tapi..alamak! takder liputan ler pulak (012 Maxis harap maklum yer..nanti i tukar ke 019 baru you tau…padan muka)pinjam enfon adik kecik yang baru darjah 4 tu dia pakai 019… dapat cakap ngan MA bertugas.minta hantarkan ambulan segera..ada patient koma DKA kat sini..Sementara menunggu ambulan sampai mama tulis surat referral atas kertas garis dua ,buku sekolah adik tadi (borang referral terlupa bawa ehehehe….sori ye..harap harap MO casualty tak reject rujukkan mama hanya sebab ini)…

Bila semuanya dah selesai. Hantar staff balik..on da way Angah ngan Azim serta Abah bertalu talu telefon bertanyakan mama kat mana…Petang yang panjang hari ini…Mujur sempat Maghrib di rumah.Abah masih kat surau ..malam ni ada pengajian tafsir Alquran…maaf ler ustaz..Mama dah nampak bantal.Selesai sembahyang Arif bawa kerja sekolahnya depan mama……..“Tolong Arif buat sains dan kerja seni ni mama“….Dia pun nampak keletihan selepas latihan sukan petang tadi.

OK OK …KO…

Gambar hiasan:

gambar anak anak mama yang rajin di dapur:Angah, Azim,Arif(berbaju merah nampak kepala je) sepupu deme pun sama Ein dan Own.

dsc01710.jpg

dan Along pun sama:

dsc01717.jpg