Pernah tengok tandan kelapa? Pada yang tak berpeluang melihat macamana rupanya tandan kelapa gini rupanya;

kelapa-berbuah1-chepa.jpg

“Buah di tandan kami dah semakin luruh”kata ayah pada mama semasa balik kampung baru baru ini menghadiri kematian makngah Siah ,kakak ayah. Ayah merujuk kepada kematian kakaknya dari sembilan beradik.Makngah telah memulakannya.

Keluhan ayah ada sebabnya dan benarnya.Sejak kebelakangan ini adik beradiknya termasuk ayah sendiri satu persatu keluar masuk hospital.Penyakit kronik,darah tinggi, kencing manis yang hinggapi sejak sekian dulu sudah mula melemahkan fungsi jantung memasing.

Makteh , Adik ayah dah dua kali stoke…sekarang masih tak lancar bercakap, tak boleh berjalan ..berkerusi roda,berpampers semula…

Wa Yam,lewat 70an,kakak sulung ayah ,pesakit yang paling patuh dengan nasihat doktor, paling setia memenuhi apointment lawatan ke klinik sejak bertahun tahun dulu kerna darah tingginya..dan paling ingat dan tepat dengan jadual ubatnya…tetapi ujian darah yang mama hantar untuk general screening semasa Wa datang ke rumah mama hujung tahun lalu agak membimbangkan mama.Serum creatinine dan paras ureanya sudah melangkau paras normal.Dia dah mula bengkak bengkak kaki..dan cepat penat bila berjalan jauh.Selalu pening dan sakit ‘ulu hati’ kata Wa.Mama tahu jantungnya dah tak kuat ,bacaan tekanan darahnya rendah kadang kadang mencecah 90/60mmHg je .(mama akan selalu peksa BP Wa setiap kali berpeluang balik kampung)Tapi doktor bagitau terus makan ubat darah tinggi macam biasa 3 kali sehari….Padan ler pening Wa tak hilang .Wa Yam orangnya tak banyak komplen..sakitnya tak di keluhnya tapi mama rasa ada yang tak kena…Senyum masih tak lekang di bibirnya bila berjumpa.

Petang semalam semasa mama di klinik,Adik mama merangkap menantu Wa,Rohani tepon,dari Kedah bagitau Wa tak dapat tidor semalam ..penat katanya .”Boleh cakap ngan Wa sendiri?”,pinta mama.

“Semalam tak dapat tidor seghecip(dibaca ‘semalaman’) pun, penat bila baring..kepala sakit rasa berat semacam je…ulu hatinya ni rasa senak..sakit “dengar suara Wa di talian.

“Wa, kaki bengkak lagi ke?” tanya mama cuba untuk mendapat gambarannya dari jauh.

“Masih bengkak, tapi dah makan ubat kencing tu ..” penat cakapnya kedengaran.Wa perlu dipeksa doktor segera fikir mama.

“Takpa Wa jaga diri …boleh bagi cakap ngan Rohani sat”..mama minta bercakap ngan Rohani ,menantunya yang tinggal bersamanya .

“Tolong bawa Wa pi jumpa doktor segera ,pergi hospital jangan ke klinik..terus ke emergency”pinta mama.

Petang tu dapat mesej dari Rohani,” Wa masuk wad jantung, wayar berselerat penuh badan , takut tengok .Tapi kami tak dan(dibaca’ tak sempat’) nak jumpa ngan doktor dalam wad, nak tau apa sakit dia” …Itu doktor kita ,bukan macam kita lihat dalam ER ke atau HOUSE ke yang doktornya sentiasa bersedia mahu bercakap dengan relatif pesakit.Mungkin doktor kita terlalu bizi untuk berbuat demikian.?..

Hari ni mama call ke wad, doktor takder kat wad tetapi dapat cakap ngan staff nurse yang baikhati…Wa kena “STEMI with CCF and HPT’.Nampaknya hujung minggu ni mama mungkin kena balik ke sana lagi…

Tapi Along mula bercuti hujung minggu ni?Nak kena pegi ambil ke atau nak terbang terus ke sana?