“Laaaaaaaaaa….boleh harap ke dia nak jaga anak you dengan keadaannya yang tak sempurna tu,takut jatuh tergolek anak you bila didukungnya nanti?”komen kawan mama bila melihat pembantu rumah mama yang tidak sempurna jari kaki dan tangannya 16 tahun yang lalu.

‘Boleh ke dia buat kerja,budak hingusan lagi tu” komen negatif dari teman tidak mengurangkan keyakinan mama atas kemampuan anak remaja dari kampung tempatan yang baru habis Tingkatan 3.Kepayahan hidup menyebabkan dia akur untuk berenti sekolah. Dari takberbuat apa apa di rumah dia setuju atas pelawaan driver abah untuk bekerja di rumah mama, sebuah kuarter kerajaan di Klinik Kesihatan semasa mama bertugas di Pantai Timur .

Tugasnya menjaga Along yang baru berusia 3tahun dan Angah yang baru dua bulan usianya,sediakan susu untuk Along dan Angah?…. takperlu… sebab mama akan pulang seketika dari klinik yang tak sampai 5 minit berjalan kaki untuk menyusukannya .Memasak? mengemas rumah?membasuh?…bukan dalam duti rosternya lagi.

Mama masih ingat hari pertama bekerja dia bermain kejar kejar ngan Along, berlari dari satu bilik ke satu bilik termasuk bilik mama!,bila letih dia akan berbaring atas sofa di ruang tamu sambil menonton tv…seperti yang dilakukan remaja lain di usianya.begitu naif sekali….

Walaupun dia taktahu memasak lebih lebih lagi masakan sebelah utagha…atau masakan sebelah pantai barat, dia akan duduk memerhati dan ringan tangan menolong menyediakan bahan untuk di masak..kupas apa yang patut…Sebelum pegi kerja Mama akan letakkan bahan mentah untuk dimasak dan bila balik dari kerja… mama lihat bawang dah siap dikupas, sayur dah siap dipotong dan ikan dah siap disiang dan dibersihkan!Walupun tak sesempurna mana tetapi mama menghargainya.

Kena banyak bertoleransi dengan pembantu kita.Kalau ada sebiji dua pingan mangkuk yang pecah usahlah dibesarkan …sapa yang saja saja nak pecahkannya ?Kalau ada sawang yang terlupa di bersihkan  kita buat ler sendiri bila ada masa.Jangan nak cepat naik angin…marah tak membawa kemana..hati sakit ..perkataan yang keluar dari mulut kita masa marah pasti akan menyakitkan orang yang dimarahi…Jangan nak tip top sepanjang masa…

Masih ingat lagi 5 tahun selepas itu ,Azim lahir….habis tempoh pantang dan kembali bekerja ….ketika mama sibuk menghadiri mesyuarat dan kursus di merata tempat semasa bertugas dengan gomen dulu dan Azim masih menyusu badan…Azim akan dibawa bersama kemana saja mama pergi untuk pastikan Azim mendapat bekalan susu mama sepanjang masa….dia lah yang diharap menemankan Azim di bilik hotel…Kalau ada yang menmikirkan masa kursus adalah masa untuk lupakan sekejap tugas di pejabat dan enjoy makan food hotel yang sedap sedap tetapi mama sebaliknya, masa teabreak mama akan berlari naik ke bilik hotel untuk breastfeed Azim,lunch break mama akan bergegas keluar dari hotel mencari lunch untuk pembantu mama,begitulah selalunya…so tak sempat nak enjoy kan…tapi tak apa itulah pengorbanan(eh?kan tanggungjawab tu) untuk pastikan Azim di breastfed seperti abang abangnya yang lain.

Pernah terjadi semasa mama menghadiri kursus di sebuah ………………… Inn(sorry dah lupa namanya) yang pada masa tu hanya satu satunya hotel yang ada di tapak pembinaan lapangan terbang KLIA(heran gak kenapa pihak penganjur kursus memilih tempat jin bertendang ni?) dan agak sukar untuk keluar mencari kedai makan di sekitarnya..bayang kan masa tu kawasan lapang bertanah merah yang telah diterangkan untuk pembangunan lapanganterbang …sayup mata memandang..sunyi … mama terpaksa berjalankaki seorang diri dilaluan lori hantu..jalan tanah merah yang berdebu…mencari kedai makan di’pekan kecil’ yang dipenuhi oleh wargaasing yang sedang bekerja di tapak pembinaan KLIA ..memng ngeri rasanya macam masuk pekan koboi bila diperhatikan sebegitu rupa oleh Mat Indon dan Mat Bangla yang dah lama tak jumpa pempuan tu ….napa tak makan kat hotel? …uish makanan Jepun pulak menunya tak reti nak makan… tapi Alhamdulillah selamat balik kembali ke hotel dengan lauk seadanya…nasi dah ada ..sib baik bawa periuk nasi.Itu citer dulu, sekarang Azim pun dah besar panjang..dah masuk menengah.

Sekarang,setelah 16 tahun bersama keluarga kami ,dah menjadi sebahagian keluarga kami…masaknya sama cekapnya dan terrornya ngan mama(ye ke?…eheehe agaknya ler..)..kemana kami pergi melancung pasti akan di bawa bersama…saudara mara sebelah mama dan abah pun dah memang  menghargai kehadirannya dalam keluarga kami…berapa ramai pun datang bertandang pasti kenyang perut dengan makanannya siap terhidang!…

.