jom tengok youtube ni dulu..comeynya siti nurhaliza..dan sedap betul lagu ini..happy besdei to Datin Seri Siti Nurhaliza

Petang itu sedang sibuk memeriksa patient di bilik mama tiba tiba masuk staff mama dalam bilik (selalunya mama tak benarkan staff berada dalam bilik semasa memeriksa patient…chaperon tak wajib untuk female doktorkan?…hehehe ..dia bagitau ada sorang doktor nak jumpa.”Eh siapa pulak?kawan ke?” Bukan..takder janji nak dating ngan sapa sapa pun hari ni.Kalau kawan selalunya call dulu sebelum datang..

Patient masih ramai menunggu di luar tapi fikirkan rakan seprofesion datang nak jumpa ,mama minta doktor ni masuk dulu…Ye la kita hormat pada rakan seprofesion kita macam janji masa angkat sumpah dulu. kan…

Mama bangun buka pintu jemput doktor ni masuk(menunjukkan rasa hormat padanya) seorang Indian man late 50’s ,short but smartly dressed tapi sikit genu valgus .Nampak dalam keadaan panik dan resah.

“I’m GP from Klinik Aman kat Pekan T.My car terlibat dalam kemalangan kat jalan masuk ke pekan ni tadi,terlanggar belakang, really my fault and i’ve to settle the case now..those guy waiting outside demand cash from me.if not..teruk la ” Mama memang takpernah jumpa atau kenal ngan doktor ni dari Klinik Aman tu tapi tau la klinik tu memang ujud di Pekan T.Mama memandang mukanya dengan perasaan kesian. So dapat bayangkan kalau kita berada di tempatnya kan?

Teringat peristiwa kereta mama yang tayar belakangnya pancit kat tengah tengah highwaay lepas Gua Tempurung arah utara.Masa tu mama bersama anak anak serta Adikmama Zam yang baru dapat lesen jadi pemandunya,kami mengejar masa nak hantar Zam naik bas balik ke Kedah,abah masih di Jepun.Jadi kereta import Jepun tu mamapun taktau di mana letak alatganti dan tayarnya.Panik gak .Kenderaan kat highway ni tau ajelah lajunya masyaallah!Anak anak mama suruh menunggu di sebelah pengadang jalan…jauh dari jalanraya sementara Zam terkial kial mencari jet kereta dan alatan perlu..jangan tanya mama ,tau bawa je…Tapi pertolongan Allah datang tanpa kita ketahui.Tiba tiba berenti sebuah kereta mercedes di depan kereta kami .Pemandu beserta bosnya berbangsa India turun berjalan menghala kepada kami.Nak membantu.Rupa rupanya dia ni toke kereta tempat mama beli dulu..jadi no problemlah….dia tahu mana letak alatganti.. macamana nak tukar tayarnya semua mereka lakukan .!Kebetulan yang menakjubkan.Jadi jangan serik untuk berbuat kebaikan sebab bantuan dari Allah taksemestinya datang dari orang yang kita bantu tapi boleh melalui perantara yang lebih baik dari itu.Dan jangan lupa doa sebelum naik kenderaan tu amalkan…Melalut la plak …dah tersasar dari cerita asal tadi…ehhee.

Berbalik pada citer GP ni.Belum sempat mama bertanya dia meneruskan kata katanya….

” Masaalahnya saya tak bawa enough cash seperti diminta mereka,My card (maybe refer to his ATM or credit card kot?)with my wife yang kat KL sekarang…really need your help”rayunya.

Mama tidak mau banyak soal lagipun tak mau patient resah menunggu lama di luar.”How much?”tanya mama.

“RM 5xx please..will pay you back later” He promised tanpa di pinta.Mama bangkit ke bilik Farmasi minta kat staff ,”Eh! banyak tu doktor..bleh percaya ke?lagipun kita ada banyak duit seringgit seringgit jer’ .kata staff mama,Intan yang selalu mencurigai pada sesiapa saja .”Takpa bagi je.Nak cepat ni”sahut mama .

Duit bertukar tangan.Sebelum keluar sempat dia membuka jam yang dipakainya dan meletakkan jam tangan berwarna keemasan bertulis berjenama ‘Rolex’ di atas meja mama.

“you keep this as a promise… “katanya sebelum bergegas keluar.

Balik rumah mama ceritakan hal ini pada abah sambil menyerahkan jamtangan yang di berinya….

Kih!kih!kih! abah ketawa…Aik napa ni?….

“Hhahahaha..mama kena tipu.Ni jam jenama je Rolex tapi tiruan la mama..tengok la ni ringan semacam je” ….

Untuk puaskan hati,esoknya mama pegi ke klinik yang dimaksudkan, nak jumpa doktor bertugas.Memang sah bukan orangnya!Tipah tertipu lagi.Grrrrr…..Mama ajak abah ke balai polis lepas tu…..

“kes camni puan nak buat report juga ke?” tanya polis bertugas….Grrrrr..

‘”Saya tak harap dapat balik duit tu ,tapi sekurang kurangnya encik ada data kes ini dan encik boleh buat sesuatu supaya kes ni tak berulang pada yang doktor lain,mungkin ramai lagi mangsanya di luar sana,. Banyak gak pendapatannya kalau hari hari gini.”…