Anda pernah berdepan dengan orang yang mabuk? yang sedang dipengaruhi oleh alkohol yang cakapnya merapu macam orang tak siuman…yang bau nafasnya pun bau arak..(ini bukti penting ni…bau nafas sesuatu yang subjektif yang tak boleh digambarkan secara fizikal…macam kes pembunuhan Norita…orang yang disyaki boleh didpati tak bersalah sebab saksi terbau bau badan orang yang busuk selepas menyaksikan kematian gadis itu….yang bukan nya bau badan orang yang kena tuduh……dan penyaksian ini boleh diterima di mahkamah! tanpa mempertikaikan saksi yang mungkin ada masaalah sinusitis/resdung or halithosis ka…..).

Pernah tercium bau arak?Itu masaalahnya… mama sendiri takpernah tahu bau arak tu macamana.Itu laaa….citernya gini.

Masa buat housemanship(doktor pelatih) kat Penang GH dok blurrr gak buat posting kat ward Medicine…ye lah masa tu lah tengah mamun dengan on-call selang sehari dan masa rehat yang tak cukup tambahan pulak masa tu pregnantkan Along(alasan je tu..semua houseman kan gitu hingga sekarang) ..jadi tengok patient pun macam tak fokus sangat..jadi petang tu sebelum habis waktu pejabat nurse bagitau ada satu lagi kes baru masuk untuk di’clerk’, mama on-call hari tu.

Masaalah pesakit ni takdak sapa sapa yang tunggu..Old Indian man ~60’s yang kurus kering takterurus..cengkung je mukanya…dia plak cakap merapu je..agak distress..tanya lain jawab lain.Tengok dari admission note ‘muntah cirit dengan dehydrasi ‘ dan dipasang drip dari casualty.Jadi lepas peksa patient ni memang mama agree ngan doktor casualty, AGE , dehydrated dan hypotension…jadi selepas ambik darah untuk test apa yang patut …flussh drip je la…continue treatment.Lalalaa…selesai la kannn nak pi tengok patient lain la pulak.

Tapi sebelum balik mama bagitau MO(Medical officer adalah gelaran untuk doktor selepas completed setahun menjadi doktor pelatih) on-call minta pendapat tentang kes ni sebab patient jadi makin restless..tercirit muntah kat katil bertabur tabur walaupun bedpan tersedia di bawah katil. Tapi MO ni kata ni kes minum arak berlebihan ni sebab tu jadi gitu..intoxication!Ye ke ? mama kehairan tetapi akur je la dengan keputusan MO ni sebab mana la mama tau bau arak macamana, yang merapu and restless memang la macam orang mabuk kan…dah tu keadaan nya yang tak terurus tu meyakinkan juga..continue drip tapi laju sket sebab tekanan darah rendah.hypotension ….katanya

Malam tu masa buat ward round ngan specialist,mama dan MO bawa dia tengok kes ni.masih tak duduk diam patient ni..belum sempat habis mama storykan kisah dan finding mama …my specialist dah terjerit pada kami, “girls! look at this!” ambil menunjuk ke bedpan patient.Uish! boss ni… geli lah nak tengok najis patient plak..tengok patient dah la..Tapi dah kena suruh gitu tengok gak la..keruh je rupanya.. tak dak rupa najis biasa..macam air beras je…haah! air beras!(rice watery stool)…..Tak mungkin?…mama mengundur kebelakang…kolera!yes cholera! this patient kes of cholera… my God!how could i missed this?Penyakit berjangkit yang boleh membunuh jika tidak dikesan dan dirawat sewajarnya..dan cepat merebak…

inilah rupa najischolera cholerawater.jpg

Selepas itu segalanya menjadi kalut! Tolak patient ke isolation ward.Takyah tunggu result ‘stool for cholera’ dah tau clinically..First..stabilkan patient dahulu terutamanya terapi gantian air dan elektrolit yang yang hilang dalam muntah dan ciritnya.Kedua , beri ubat yang sewajarnya untuk membunuh kuman kolera yang serupa tanda koma ni.Then mesti inform Pejabat Kesihatan Daerah segera untuk langkah kawalan.Ni penyakit masaalah negara , boleh merebak dengan cepat dalam kawasan yang tercemar dengan muntah dan cirit pesakit ini..dalam ward pun jika langkah pencegahan /kawalan sempurna tidak dilakukan.

(harap harap lepaih ni mana mana doktor yang check patient yang cirit birit dalam ward tu berusaha lah menge’check’ najis pesakitnya..penting tau )