Pernah memberi sedekah? Mama percaya semua kita pernah bersedekah dan ingin melakukannya sepertimana yang tersebut dalam hadis ini.

Hadis dari Abu Musa r.a. berkata bahwa nabi saw. bersabda, ”Tiap Muslim wajib bersedekah.”

Sahabat bertanya, ”Jika tidak dapat?” Nabi menjawab, ”Bekerjalah dengan tangannya yang berguna bagi dirinya dan ia dapat bersedekah.” Sahabat bertanya lagi, ”Jika tidak dapat,” jawab Nabi, ”Membantu orang yang sangat membutuhkan.” Sahabat bertanya lagi, ”Jika tidak dapat?” Jawab Nabi, ”Menganjurkan kebaikan.” Sahabat bertanya lagi, ”Jika tidak dapat?” Nabi menjawab, ”Menahan diri dari kejahatan, maka itu sedekah untuk dirinya sendiri.”

Dalam kesibukkan merawat pesakit di klinik mama tiba tiba mendapat panggilan telefon dari seseorang lelaki yang mengaku dirinya wakil dari sebuah persatuan bekas perajurit .

“Puan, kami ni nak buat jamuan memperingati jasa jasa pahlawan kita , Dato Seri MB nak rasmikan ” macho dan tegas bunyinya dihujung talian.

” Kami dah buat mesyuarat nakcari dana untuk jamuan tu dan klinik puan telah terpilih untuk memberi sumbangan”

Tu dia! macam nak bagi anugerah plak klinik mama ni..terpilih untuk memberi sumbangan? eh? camna plak tu……silap dengar ke? sepatutnya mama dengar gini.” Puan, klinik puan terpilih untuk diberi sumbangan” hehehe baru best kan?…..mama membiarkan dia bercakap lagi….

“Pihak jawatankuasa telah menetapkan klinik puan menyumbangkan RM 800 untuk majlis tu nanti, ermmm..bila kami boleh ambik cek tu puan?”

Mak oii! terkejut mama bila mendengar ayat nya yang akhir tu…sejak bila pulak meminta sedekah jariah dengan cara begini?Siap tetapkan harga nya sekali…

Mama menjawab dengan suara terkawal walaupun agak upset dengan caranya…

” Maaf encik..sejak bila encik meletakkkan harga untuk orang bersedekah ni?.Lagipun rasanya untuk memperingati jasa perajurit kita bukan ini caranya..buat jamuan makan mahal mahal kat hotel yang hanya boleh dinikmati oleh berapa kerat je bekas perajurit kita..mungkin banyak cara yang lebih baik untuk kita membalas jasa mereka..encik tahu tak diluar sana berapa banyak bekas bekas perajurit kita yang nasibnya tak terbela …(teringat nasib pak menakan, sepupu dan adik ipar mama yang terkial kial meneruskan hidup selepas pencen askar)
dan biar encik kata saya kedekut tapi saya takkkan sumbangkan apa apa untuk majlis ini…saya ada cara saya untuk membantu orang -orang begini…”tegas mama bersuara .

“Ermmm bukan begitu maksud saya…Puan boleh menyumbang seberapa yang puan boleh, sedikitpun tak apa” dia cuba memujuk.

“Maaf encik..tidak untuk kali ini”mama meletakkan talipon. Pesakit di sebelah tercengang bila di beritahu.

“Macam macam cara diaorang nak cari duit sekarang ni,macam tu pun ada juga ke?” soalnya pada mama.

Teringat sepotong ayat bermaksud;

“Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana,” (9:60).