memang sibuk minggu ni tak sempat nak update dan ziarah blog sahabat cyber…

buatlah kebaikan ketika kamu melalui jalan itu kerana mungkin kamu tak berpeluang untuk melalui nya untuk kali kedua dan seterusnya’kata-kata siapa mamapun tak ingat tapi pernah terbaca baris baris ini yang memberi perangsang.

ya selagi ada umur cuba untuk melakukannya…

alhamdulillah mendapat sokongan keluarga,kengkawan dan rakan sepasukan.

anak jiran saya sampai dah umur 15 tawun tak sunat-sunat lagi..orang susah‘…bekas nurse mama yang dah pencen bercerita suatu hari.

mama, orang kampung tanya boleh tolong sunatkan anak lelaki mereka ? campur campur dah ada 10 orang semuanya” tanya abah selepas balik dari surau.

Tiba -tiba teringat why not buat sunathon?.iaitu sunat, “thon” beramai ramai macam marathon.

Lakukan dengan percuma…pada mereka yang memerlukan.

sms pada Dr. Asiah, Dr Faridah, Dr. Azlina, Dr. Asmah,Dr. Taherah dan Dr. Noor”bleh kita  buat sunathon untuk program PPIM kita tawun ini?“..

Tawun sebelum itu mama and the geng buat program untuk ‘Pemeriksaan Kesihatan Mata’ cukup mengujakan sambutannya.

“OK” sms jawapan dari mereka meyakinkan mama.Malangnya Dr.Noor dah pindah ke selatan..mendoakan kejayaan kami dari jauh.

‘Kita buat kem kesihatan sekali , screening untuk penyakit kronik OK?”Tambah Asmah yang memang program dibawah kawalannya.

“Maliga bleh buat dental check-up skali? bleh gunakan mobile team you?”tanya mama pada dental officer yang lemah lembut cakapnya.

” sure, why not?” jawab Maliga ringkas.

Alhamdulillah…Tuhan permudahkan semua urusan…Belek belek kalender dan cadangkan tarikh  Sabtu 8 Disember ini.Ok semua setuju…walaupun Asiah tak dapat bersama kerana seruan haji….

meeting hari minggu ni di surau J.J…sambil shopping sambil meeting orait gak kan?bleh bawa famili skali sambil meraikan orang yang nak menyambut seruan haji.