ok..mama sambung semula cerita semalam…

clinically as mama said sebelum ni ..clinical examination espy kat abdomen penting sebab bleh elicit tenderness, guarded dsb so …memang nampak macam intra abdominal injury(trauma dalam perut) /peritonitis so mama pun refer dia ke nearest hospital kat tempat mama.Rasanya dia mengalami trauma akibat tali pinggang kledar/seatbelt injury.

Pastu bermulalah cerita dan penderitaan panjang pesakit ini…..

Dari spital kecil anto ke spital besar berpakar … pastu hantor plak ke spital yang lagi besar yang doktor berpakar lagi besar….kata doktor di situ amat malang pesakit ini hanya mempunyai satu buah pinggang!-yang tak diketahui pesakit ini sehinggalah selepas kemalangan ini. (kita manusia sepatutnya ada sepasang buah pinggang yang terletak dikiri dan kanan pinggang kita.)….dan buah pinggangnya tu pulak dikatakan telah rosak akibat kemalangan tersebut.Jadi tiada pilihan, patient kena buat dialisis(cuci darah istilah orang kita) untuk terus hidup.Tapi peliknya walaupun dengan dialisis, ujian darah masih menunjukkan se creatinine(indicator untuk fungsi buah pinggang) terus meningkat dari hari kesehari..kenapa???

vascular_access_pic_142.gif

Perut semakin buncit, bernafas semakin semput…mental makin keliru..dah ditebuk di sana dan di sini untuk buat arteriovenous(AV) fistula(i.e surgically created sambungan antara vein dan arteri untuk tujuan haemodylisis) termasuk last sekali dileher…fungsi buah pinggang masih gak haru biru..doktor tambah keliru…pesakit lagi lah taktentu….pastu doktor suruh balik bercuti dulu(cerita dari keluarga dia la.. kalau dia minta cuti tak tau la pulak.Kadang kadang bila nampak tenat gitu relative minta balik nak try berubat kampung plak).Lagipun dah sebulan dia dalam wad takder perubahan kata keluarganya nampak makin teruk ada la.

Balik umah dua tiga hari pastu depa bawak mai jumpa mama di klinik.Kali ini dia dah tak leh jalan, naik wheel chair,pucat,penat,bengkak/sembab seluruh badan termasuk muka dengan plaster besar menutup AV fistula di leher.”Nampak macam tak lama hayat wanita muda anak sorang ni kalau begini”bisik mama dalam hati.

Sekali lagi mama suruh depa bawa dia pegi semula ke spital…ini bukan kes outpatient ..dia patut berada di spital …bukan di sini .Rupanya selepas itu dia di masukkan ke ICU hinggalah keajaipan berlaku……………….

Kebetulan seorang doktor pakar dari sebuah hospital pakar yang doktor ni memang tersangat pakar dalam bab bab buah pinggang telah datang membuat lawatan bulanan di hospital tersebut telah dimaklumkan mengenai kes ini.Hasil pemeriksaan terperinci dan ujian lanjut ke atas pesakit mendapati bahwa buah pinggangnya masih normal!tetapi yang rosak adalah ureter yang menyambungkan dari buah pinggang ke pundi kencing telah terputus mungkin akibat cengkaman kuat talikledar semasa kemalangan tempohari.Ujian dye -ivp(seperti dalam gambar) yang telah tidak di buat sebelum ini telah menunjukkan dengan jelas air kencing itu rupanya melimpah masuk kedalam peritonium/perut pesakit tersebut…Jadi selama ini pesakit telah terkencing ke dalam perutnya!Oh no!…

kidney-stone-ivp.jpg

Dua bulan kemudian pesakit berjalan masuk ke klinik mama tersenyum jelita kembali tetapi dengan tiub sebagai ganti ureter diplaster erat di belakangnya bersambung ke urine bag.

“Saya dah boleh kencing semula,doktor akan cuba sambung semula walaupun harapan agak tipis kerana ureter yang putus tu dah melekat pada organ lain mungkin susah sket doktor kata”Mama menarik nafas lega.