tangguh dulu Bestnya Raya PartII…mood raya dah pudar….hati sedang gundah gulana.

Sabtu 2 hari lepas sedang bizi di klinik tiba tiba treeet!treet! dapat mesej dari mak di kampung; ‘Balik segera .Tok penat”

Dalam entry fotopages mama baru baru ini ada dok cerita tentang satu satunya tok mama yang masih ada kat dunia ni sekarang  usia 98 tahun yang agak uzur selepas stroke. lumpuh sebelah kiri badannya..

tok.jpg

Mesej pendek mak cuba mama confirmkan dengan panggilan segera kepada mak, “penat ke tenat?”soal mama ingin kepastian….”Dia nampak macam tarik/kejang tadi lepas mak dan kakTam mandikan.Mulutnya herot teruk dengan lidahnya tertarik ke tepi,Tangan dan kaki kirinya yang lumpuh tu jadi keras tiba tiba..Dia macam berenti bernafas.Ayah hang dah ajar mengucap tadi tapi pastu dia nampak dah sedar semula.Cuma nampak leteh la ni,nak minum pun susah,tumpah”

Mama menarik nafas tapi tak lega…. mungkinkah  serangan kedua stroke,sebelah yang sama.Kalau ke hospital pun tak banyak yang boleh dilakukan di  usia begini.Adil kah kita pada mereka?Nak balik? tak balik?…

Kalut hari ini..perlu habiskan tengok patient yang sejak tadi setia menunggu.Dah bagitau staff kat depan tarik pintu bila jam 12 tengahari.So dapat habiskan sebelum pukul 2.00ptg.Dah janji ngan Ustaz M, hari ni mama kena beri ceramah kursus kawin di pejabat agamanya slot 03.00 hingga 4.30 petang, sempat la kesana 30-45min perjalanan ..insya’allah.Nak gantikan ngan orang lain?Uish!mana nak cari ganti dihujung minggu begini…

Tepat 2.45ptg abah dah turunkan mama di depan pejabat agama SR.Peserta kursus hari ni seimbang 50:50 lelaki pempuan kalau tidak tu 25:65 atau  10:90.Kadang kadang tu sebaris je lelaki yang lain tu semuanya XX.Peserta mendengar dengan penuh minat(rasa rasanya lah kan?kot fikiran tok rewang kat tempat lain wallahulam ler) walaupun time tu kalo tido memang best kan…cuma hari ni tak sempat nak buat demo cara guna kxndxm dengan betul pada depa(terlupa bawa sampel sori erkkk?) lagipun masa  terbabas sket(alasan je tu).

Dalam perjalanan balik sempat tepon mak lagi..camna tok? “malam ni nak buat Yasin ramai ramai..tok hang nampak lain  “tepon dijawab Maklong ,anak sulong tok.

‘Camna Abah?Larat ke balik petang ni?” mama bertanya pada abah yang memandu di sebelah.Langit dah gelap..tanda membawa hujan.Biasanya dari umah mama ke kampung ambik masa 3 1/2jam perjalanan.

“Abah tak kisah”jawapan abah melegakan mama.Tenkiu abah, luv u…

Dari dalam kereta terus tepon Angah di rumah.”nek sakit…mama on da way balik ni.cepat siap kita balik kampung, bawa baju untuk sehari saja.Esok kita balik ke sini semula.Isnin peksa kan?”.

Horray!Balik kampung! Arif menjerit gembira diujung talian. Bila mama tiba di rumah beg beg pakaian semua dah ready depan pintu.Efisen kannn anak anak mama ni…Dah terbiasa begitu. tau mamanya sibukkk.

Bismillah himajrie ha wa mursaha inna robbi…..Doa Nabi Musa mengiringi perjalanan kami.Hujan lebat bertompok tompok di satu dua tempat sepanjang jalan tidak mengganggu perjalanan kami yang lancar.

Tiba jam 9.30malam kami terus ke tempat tok ,di umah anak bungsunya,Pakcik Peli.Dari jauh terdengar bacaan Surah Yassin…ramai tetamu hingga melimpah keluar di luar rumah…..tok terbaring lesu di tengah rumah di kelilingi anak anaknya,.mak dan maklong serta cucu cucunya.Mama tak ader ruang nak mencelah masuk..hingga selesai bacaan Yassin beramai ramai tadi baru mama ada peluang pegi rapat dekat tok.Tok masih bernafas!Alhamdulillah…Buka mata bila dipanggil,cuba bercakap tapi tak ada suara yang keluar.

BP 120/80mmHg,pulse rapid but regular, small volume,breathing kejap kejap nampak macam laju pastu stop sat pastu nafas semula.chest clear.Tongue very dry,tersentap ke dalam.no wonder tak leh cakap.bibir luka tergigit semasa ‘tarik’ tadi.

” tak makan sejak pagi tadi, tak minum”kata mak.

“Tok makan sket” mama cuba suapkan dadih resepi Noi yang mama bawa dari rumah(tenkiu Noi..resepi dari your FP menjadi walaupun pertama kali mama mencuba).Tok makan dua sudu kemudian katup mulutnya tak mau lagi… selepas mak dan maklong dudukkan tok dapat disuapkan sedikit air glukos.Kalau bleh minum tak yah masuk drip kan…

Malam tu mama tido dengan tok…………