2 SYAWAL 1428

Raya kedua….macam yang dijanjikan malam ni nak buat open house untuk extended famili.So semua jentera di gerakkan dari tok,wan,anak anak hingga ke cucu telah diberi tugas dan mengambil tanggungjawab.Baguznya famili mama ni takder yang membawa balik gelaran ke kampung..tak kira la awak tu saper doktor?,engenier?,penguatkuasa?,technician?..dlll….semuanya humble * tak salah memuji kan…ehehehe.

Setelah dipersetujui keluarga kami akan masak mee sup utara,mee/laksa goreng,bbq dan abc.Semuanya masak sendiri.

Untuk persembahan seperti biasa Along and all the sepupu’s akan uruskan.

Tugasan pertama:-

Angkut kerusi meja dari umah ketua kampung.Yang bernama lelaki uruskan.Selesai di luar cik cik abang sayang ni membantu mem di dapur kupas bawang dan lain lain yang patut di kupas…dipantau oleh Ila.Tenkiu abah…pozi..maie , zam dan usop.

Ayam BBQ-20 ekor ayam dibeli mak dibersihkan Pozi n Rohaya(baguz kan couple ni),diperap rempah oleh AdikZ yang memang terer buat ayam goreng berempah.Mama dan abah ke Giant cari sausage,burger Ramly dan Nugget untuk tambahan.

Meesup – kuah supnya….my BIL(bro-in-law) Maie pagi pagi lagi dah rebus tulang gear box,rempah ratusnya mama dah siapkan.Sebelum tengahari semuanya beres siap kuah sup tulang seperiuk besar,qualiti kontrol toke meesup my BIL, Usop dah rasa…sedap secukup rasa… ehehe bleh jual meesup plak pasni…

Laksagoreng- tugasan adik mama Rohani yang memang pakar dalam bab ini.Rasanya takyah dipertikaikan…(promote jangan tak promote-nak iklan kat tv bukannya murah kan?) .Pada yang tak pernah rasa laksa goreng ni bleh cuba try tengok.macam buat meegoreng gak tapi mee kuning tu diganti ngan laksa yang dah dicelur.Jadi yang alah pada mee kuning tu elok guna resepi ni.Tak yah risaukan keracunan borik asid. Rasanya sapa yang pernah sekolah kat sek rendah keb. Langgar dulu mesti pernah rasa laksa goreng ni,dikenali dengan nama tokeynya ‘mee pakHashim’ sebungkus mee di letak sambal sotong kering di atasnya.Sebelum naik bas balik sekolah mesti pekena mee ni dulu.Sekarangpun masih ada lagi di Pekan Langgar tapi rasanya dah dijual oleh anak atau cucunya..Pak Hashim dah arwuah.(melalut plak citer …sori)

Along,Angah dan sepupunya sibuk testing PA system, siapkan layar untuk show ala ala filem Man Laksa…ehehee…screen projektor tak bawak balik jadi cadar putih Adik Hapit digantung sebagai gantinya..Anak adikZ,KakAnis yang clone Adibah Nor tapi baru tingkat 2, akan jadi artis jemputan malam tu…

Yang bawah 12 tawun dilatih oleh Azim dan Dekna untuk buat persembahan malam tu.Arif, Faiz,Amy,Mat Huzaid, Emelia dan Nabila giat berlatih …walaupun kadang kadang letih gelakkan Faiz yang suka buat lawak.

ABC(Air batu campur)…bahan bahannya semuanya dah ready…Angah dan sepupunya setuju untuk i/charge.Pandai ke Angah mesin ais ?takpernah dibuat sebelum ini?

Semuanya dah ready untuk malam ini tapi bila petang …langit mula gelap dan hujan mula rintik rintik….