Di bulan yang mulia ini terkenangkan pada my junior Dr. Z yang dah 10 tawun pergi di usia yang begitu muda , disaat anak masih menyusukan, disaat masih menyemai kasih dengan suami tercinta…disaat senyumnya masih berbunga bila berbicara..di saat semangatnya masih membara menimba ilmu..pelajar pasca ijazah kesihatan awam.

12 tawun yang lalu sewaktu mama masih memegang jawatan Pegawai Kesihatan di sebuah daerah,Dr Z melapor diri untuk buat posting di daerah ini sebagai pelajar sarjana kesihatan awam sementara tugasan hakiki sebagai doktor dibahagian kesihatan awam masih di teruskan.(Walaupun tinggal agak jauh, 45 km perjalanan menaiki bas dari rumahnya, setiap hari tetapi beliau akan terpacul tepat sebelum jam 8pagi di pejabat berbanding sorang merinyu kesihatan awam yang selalu datang lewat walaupun tempat tinggalnya 15km perjalanan dengan alasan lampu isyarat merah menyala lama sangat masa dia lalu! )

Cekal dan semangat untuk menyambung pelajaran cukup tinggi menyebabkan sakit peningnya yang dialaminya dianggap biasa.Wajahnya yang sentiasa tersenyum itu rupanya menyimpan derita.Hingga pada suatu pagi mama tak nampak kelibatnya di pejabat pepagi seperti selalunya.Diapun tak call pun…mc ke cuti ke hingga mama bertanya pada sister(ketua jururawat) yang berada di pejabat.

“Dr Z sakit kepala ,ada berehat dalam biliknya”bagitau sister yang sentiasa sibuk dengan retennya .

“Kenapa ni?” tanya mama bila nampak Dr. Z terlentuk kepalanya atas meja.

“Sakit kepala, migraine cam biasa tapi sejak semalam rasa sakit sangat,”Dr Z nampak letih macam tak cukup tidur.

“Dah pernah buat pemeriksan terperinci ke sejak sakit gini ?”soal mama ingin tahu.Dia pun tak pernah bagitau mama yang dia ada ‘migrine’ sebelum ini.

“Dah jumpa pakar dah di Hospital TI(hospital daerah berpakar) selalu dia bagi painkiller, baru baru dia rujuk jumpa pakar mata bila saya bagitau matapun dah rabun..pakar tu syak ada yang tak kena pastu dia suggest buat CT Scan kepala.Dia dah kontek Hospital I yang ada CT scan tu tapi lambat lagi appointmentnya.Senarai menunggu panjang kata mereka.”cerita Dr.Z lagi.Hospital I adalah satu satunya spital ker’jaan yang ada CT scan masa tu di negeri ini jadi memanglah waiting listnya panjang berjela …..walaupun awak tu doktor tapi layanannya tetap sama saja.

“semalam sakit sangat saya dah tak tahan.. tengah tengah malam saya pegi kat emergency kat spital TI yang kebetulan dekat dengan umah, sedih sangat layanannya…doktor kat situ siap sindir lagi katanya saya datang malam malam ni nak MC.Tapi saya bagitau saya sakit sangat saya takperlu MC”keluh Dr Z yang sangat kecewa diperlakukan begitu oleh rakan seprofesen dengannya.

Oleh kerana mungkin banyak kes yang datang kat emergency malam malam walaupun tak urgent sakitnya ,pening perut la senak kepala la dengan tujuan nak dapat MC menyebabkan kadang kadang doktor kat situ main borong je tuduhannya.Ingat semua yang datang pening sakit kepala malam malam tu nak MC dan termasuk Dr. Z teraniaya!kena tuduh sama…

Bila dengar cerita Dr Z mama jadi risau nak tunggu appoinmen scannya yang lambat lagi entah bila.Simpton/tanda tanda dah ada kalau kalau lah….ada ketumbuhan dalam kepala.Tiba tiba mama teringat Hospital Tentera di Lumut yang ada fasiliti CT scan.Why not cuba try tanya tengok kot kot depa di sana boleh bantu?Mama call doktor di sana ,perkenalkan diri minta jasa baik depa untuk buat scan pada doktor yang dah jadi patient ni.Alhamdulillah depa setuju untuk buat segera..esoknya!Terima kasih terima kasih pada pengarah nya!jasamu dikenang.

Keputusannya ..confirm ada growth kat atas pituitari gland dah menekan urat saraf matanya .Neurosurgeon (pakar bedah sarafotak) kata kena dan perlu di bedah segera.Ketumbuhannya dah berakar tak dapat dibuang semuanya Dr. Z pergi 9 bulan selepas itu..meninggalkan 3orang anak termasuk yang kecik masih menyusu dan seorang suami serta sebuah rumah yang baru di duduki. Innalillah..

pituitarygland.jpgpituitary8.jpg

pituitary gland