060405quran.jpg

Sedar tak sedar kita dah hampir masuk akhir Ramdhan…yang bertadarus dah hampir tamat.Ada yang sibuk mencari Lailatulqadar di sepuluh malam terakhir, ada yang sibuk mencari cadar ehehe…bukannnnn…. ada yang sibuk buat kuih raya(maaf…mama tak pandai dan tak minat buat kuih raya..setakat kuih siput tu bleh la pakat gentel ngan Azim), ada yang sibuk shopping baju raya,telekong raya, tudung raya..radio dan tv pun dah sibuk putarlagu raya…macam dah tak sabaq nak raya… pendek kata masing masing seronok Ramdhan dah nak berakhir…huhuhu hakikatnya…Bulan ini bulan yang paling banyak offer dari Allah ,bulan yang buat satu kebaikan dapat 10,kalau bernasib baik dapat 1000!

yang mungkinkah akan kita bertemu untuk tahun berikutnya?….

Tapi ada perkara yang mama musykil sket..bab tadarus ni(baca quran beramai ramai)amalan baik dalam bulan posa…. masa mula mula puasa dulu ada makcik makcik ajak mama join mereka bertadarus di surau..mula mula tu nak join jugak ler tapi bila dengor sok sek …. nanti akhir Ramdhan nanti nak dapat ganjaran..ye la nak buat majlis bagi hadiah ler bagi duit ler pada yang ambik bahgian tadarus tu mama rasa ada yang tak kena plak.(hinggakan ada AJK surau /masjid yang mai dok kutip derma untuk buat majlis tu?) bukankah ini sesuatu yang tak digalakkan.Nawaitu dah lain….Rasanya lebih baik bertadarus ngan anak anak di rumah walaupun hanya satu muka atau dua muka surat yang mampu depa baca.Bukannya ganjaran yang kita harapkan tapi RahmatNya yang kita inginkan.

“Lorrrr…pastu bila nak habis baca kalau baru juz 15?” tegur makcik bila mama tak datang masa tadarus.Rasa nak bersyarah panjang pada dia tapi rasanya diam lebih baik dari berkata kata dalam keadaan begini.

Pastu …Quran ni nak kena baca masa bulan posa je ka?Bukan ka quran ni nak di baca sentiasa…. sepanjang masa bukan kena tunggu bulan posa aje bergelut satu juz semalam tanpa mengerti apa yang Allah katakan…apa yang Allah ingatkan.

Insya’allah ….biar mama tak sempat khatam dalam bulan posa ni tapi selagi mata ini dapat melihat akan ku tatap dan baca kalam Allah sentiasa.Pedulikan mereka….

iklan raya 2006 oleh Petronas

Advertisements