Pagi Rabu lalu dapat berita sedeh dari mother in-law,”Pakcik M kamu dah tak ada”.Innalillah…dari Allah dia datang kepadaNya dia kembali.

Pakcik M suami kepada mak saudara abah(my hubby) seorang imam di Kajang dan bapa saudara yang baik kepada kami telah kembali kepadaNya dibulan yang mulia ini.

Sudah hampir 2 bulan sakit dan selama itu juga dia ditemani isteri setianya makcik U yang lemah lembut cakapnya.2 hari sebelum arwah meninggal abah berkesempatan melawatnya di hospital ,pandangan abah Pakcik M zahirnya nampak sihat dan ceria dengan pelawat yang ramai cuma agak tercungap bila bercakap banyak.Sebelum pulang anak lelaki nya berbisik pada abah,”doktor kata cancer paru paru stage 4 (peringkat akhir)”.

Dalam hujan renyai renyai mama, abah,emak dan tokabah(my father in-law) mengiringi jenazahnya hingga ke liang lahat.Selesai talkin dibacakan langit menghamburkan hujan selebat-lebatnyanya.

dsc01231.JPG

Keluarga Pakcik M di kuburan

dsc01229.JPG

Yang di tinggalkan hanya mampu berdoa:

“Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”