Bulan puasa selain bulan ibadat ini adalah bulan untuk anak anak mama mengilap skil mereka di dapur.Selesai tugas di klinik selepas jam 5.00ptg mama akan bergegas pulang untuk ke dapur menyiapkan menu kegemaran keluarga.Walaupun pasar ramadhan hanya di depan pintu klinik(sepanjang jalan di depan klinik mama) tetapi dengan memasak walaupun satu atau dua lauk pauk dan sedikit kuih buatan sendiri lebih terasa nikmatnya..yelah waktu waktu begini semuanya ringan tulang membantu di dapur.

Harap bila anak anak dah dewasa nanti saat-saat begini akan diingati…pelajaran berguna untuk mereka .Cuma sebagai ibu kita kena bagi peluang untuk mereka mencuba..jangan ingat nak perfect dalam segala yang mereka lakukan..cuma kena tingkatkan sabar..kalau tumpah kita lap..kalau karipap herot berot kita maafkan lagipun bukan nak jual nak makan sendiri..”practice make perfect”
Pernah dengar kuih teri mani(panggilan kat utara).Bubur yang lemak manis yang sangat simple untuk di masak.Isinya dibuat dari tepung pulut..bancuh ngan air pastu gentel bulat bulat..campak dalam air mendidih ..bila dah timbul masukkan santan dan gula & garam.Dah siap.senang kan?Kuih ni Azim dan Arif bleh buat..

dsc01167.JPG

dsc01179.JPG


Angah dengan sandwichnya

dsc01108.JPG

dsc01120.JPG

Along yang pulang bercuti hujung minggu dengan karipapnya..special intinya jadi faberet abah.

dsc01172.JPG

dsc01184.JPG