Semalam masak ikan bawal kukus…sedap sedap kata abah.Habis kuahnya sekali dihirup anak anak…Angah siap warning,”mama kalau masak lagi biar rasanya macam ni juga”.Hehehe…mama memang kalau masak mana boleh maintain perasa dia semacam tu jugak ikut apa yang ada dalam fridge tu.

masak ikan kukus ni bukannya susah sangat tapi kalau makan kat kedai berpuluh juga reganya.Ni resepi ikan kukus mama dapat dari mokcik Patani tukang masak kat kedai tomyam ,…yang memang pakar masakan siam .Rupanya namanya ikan kukus tapi sebenarnya dia rebus aje.

‘Kalau kukuh mano nok de oghe ghama nak make(kalau kukus mana  sempat ramai orang nak  makan ) ,ike(ikan) pun hancur kalau kukuh(kukus) lama” kata mokcik dalam loghatKelantan yang masih pure.

ikan siakap/bawal mesti yang segar
serai dipotong bulat & nipis
bawang putih di ketuk kalau yang jeruk lagi best
bawah besar dipotong dadu
stok ayam
sos plum/air limau nipis pun bleh gak
cili padi diketuk

gula secukup rasa
daun sup & daun bawang untuk ditabur

2 cawan air

Cara:
Masukkan stok ayam yang yang dicampur dgn dua cawan air kedalam kuali dgn api yang sederhana.
masukkan Serai, bawang putih ,campuran sos plum/air limau nipis tanpa biji bersama gula
didih di atas dapur
masukkan ikan siakap yang segar dan siap di kelar ke dlm kuali tadi
tutup kuali sehingga masak
tabur hirisan cili padi dan daun sup dan sedia dihidangkan