azimarif.jpg

“Eh! ini anak you ke?Kenapa lain benar?” itulah ungkapan yang selalu mama dapat dan jangkakan setiap kali disapa oleh rakan dan taulan bila memperkenalkan anak bungsu mama, Arif.Arif, anak mama seperti biasa akan tersipu sipu malu dan menyorok mukanya di belakang mama.Warna kulitnya yang gelap jauh berbeza dengan abang abang nya menjadikan dia selalu ditegur begitu..Dan kata kata biasa itu mungkin sekadar teguran selalunya mengundang airmata Arif pada mama suatu masa dulu ….tapi sekarang tidak lagi… dia dah biasa cuma rasa rendah diri masih menebal dalam dirinya.

Selalunya bila mama pakai apa-apa di muka mama dia akan bertanya untuk apa…kalau mama kata ini untuk memutihkan muka dia akan minta di pakaikan pada mukanya juga…dia nak kulitnya jadi putih gak….Kalau ke kedai  dia nak mama belikan losen ke atau sabun ke yang boleh putihkan kulitnya…..Kesian anak mama ini.

Dah ditakdirkan warna kulitmu begitu , berbeza dengan yang lain tapi percayalah kasih sayang mama dan abah padamu tak berbeza….begitu juga dengan abang abangmu, Along, Angah dan Azim yang selalu mengusik adiknya dengan gurauan “Arif comey”—cuma manusia di luar sana yang membezakanmu!Apa ada pada warna kulit…. sekadar warna fizikal .Pesan mama jaga warna hati kita anak-anakku.ikhlaskan amalan dan pekerti .itu yang membezakan kita di sisi Allah.

Semalam 19 September  genap 10 tahun usia Arif yang montel berkulit gelap.Along dah mesejkan pada mama minta sampaikan ucapan hepi besdei pada Arif.Mama pun dah hampir lupa ……mujur Along ingatkan.

Sewaktu balik sekolah, dalam kereta mama berbincang ngan Azim plan nak suprisekan Arif tapi dapat mesej dari abah, ‘ Arif tercxxxt dalam seluar!”Hah!Apa dah jadi? pagi tadi elok je dia.

‘Kesian Arif tentu dah jadi’tragedi’ ngeri  ni.Tentu dia jadi ‘trauma’ kan mama” kata Azim yang kaya ‘bahasa’ tu.

Sesampai di rumah , Arif memerap dalam bilik…taknak keluar. Bila mama dapatkannya… dapat citer sebenarnya.

“Waktu nak balik tadi  ada kelas muzik perut Arif rasa sakit sangat..bagitau cikgu.Cikgu kata kalau sakit perut pegi tido..rehat.Tapiii.. rasa dah tak tahan nak pegi toilet.cikgu benarkan.Sampai kat toilet ..pintu toilet tak der kunci nak kena selak ngan pensil takut budak budak lain tendang pintu masa tengah BO..jadi dalam kelam kabut cari pensil tu ler yang terXXXXXXX.”Citer Arif .”mujur kawan kawan tolong.Mugilan tolong angkat beg, Muzammil tolong bersihkan dan bagitau cikgu suruh tepon abah ambik Ariff.tapi maluuuuu la mama,esok malu nak pegi sekolah”

Mama senyummm dalam simpati. Abah pujuk Arif dengan PS.