Ecah(not her real name) pesakit regular mama bertubuh kecil molek,lewat 40an berjalan masuk ke bilik mama sambil menekan dada seperti sukar bernafas.Sambil sendawa berkali kali dia duduk di kerusi.”kenapa kali ini”soal mama.Ecah selalu begini ..datang mendadak dengan masalah sesak nafas tiba -tiba..kadang kadang pengsan di rumah.

Ecah selalu berkongsi cerita dengan mama..selalunya bila habis bercerita sesak di dadanya akan berkurang.Ecah akan keluar bilik dengan her faberet word” nanti kalau ada masaalah Ecah datang lagi ye?”

Masaalah rumahtangga yang ditanggungnya sejak dulu selalu menyesak dadanya,tubuh nya yang kurus cengkung itu yang menanggungnya.Mama bleh agak kalau selalu Ecah datang ke klinik bermakna kedua dua ibubapanya ada di rumahnya.

Ecah dah ~20tahun kahwin..suaminya teknisen letrik agak panas baran tapi sejak jantungnya dah pakai ‘bateri’/pacemaker di dadanya 2 tahun lalu barannya agak berkurang.Toleransi Ecah pada baran suami masih kekal…tapi sejak datang ibubapanya yang uzur tinggal bersama mereka sejak dua tiga bulan yang lalu..rumahtangganya tegang kembali.

Mana tidaknya ..terang terang suaminya bagitau,”aku tak suka mak bapak engkau tinggal di sini!”.Tapi Ecah tak leh nak buat apa sebab kedua dua mak dan ayah Ecah merayu menangis,”kami tak ada tempat lain nak pegi” bila Ecah bagitau begitu.

Ecah ada sembilan adik beradik(mama ulang sembilan!) 7 jantan yang takutkan isteri dan 2 pempuan termasuk Ecah.Ke7-7 abangnya yang lelaki semua dengar kata bini mereka taknak bela makaayahnya.Adik pempuan tak dapat izin suami plak.

Suami adik pempuan Ecah dah siap warning bininya,” engKo jangan sesekali bawa mak bapak enko tinggal sini,kalau tidak…. aku keluar atau enko ngan mak bapak enko yang keluar dari umah ni!,”

Jadi Ecah tiada pilihan ‘terpaksa’ akur dengan rayuan mereka,untuk tinggal dengan Ecah.Sejak itu, ibubapa Ecah jadi orang terpinggir dalam umah anak mereka.Bila suaminya ada di rumah emak ayah Ecah akan berdiam diri dalm bilik..hanya keluar bila suaminya pergi kerja.Hari hari kerja Ecah selain memasak,basuh kain dan mengemas rumah…Ecah terpaksa mengutip dan membersihkan najis dan kencing emaknya yang selalu bertabur dalam umah..yang dah tak boleh di kawal… nak dipakaikan pamper, maknya takmahu, lagipun Ecah taknak membebankan suaminya lagi dengan duit pampers…jamu makan makyahnya hari haripun suaminya selalu merungut.

Ecah jadi serbasalah bila tiba waktu makan..bila mak ayahnya makan bersama sama mereka sekeluarga…suaminya mandang semacam je kat diaorang..hinggakan tak tersuap keduanya.Last last Ecah buat keputusan suruh diaorang makan dalam bilik berdua..takyah makan bersama.Tapi suaminya pulak selalu menyindir,” Haaa…angkut ler semua makanan masuk dlm bilik tu!,”Ecah yang ‘kenyang ‘ terpaksa menelan airmata.

“Habis tu kalau dah sampai umahtangga pun dah bergegar Ecah bincang ler leelok ngan adik beradik bergilir menjaga. kalau 9 beradik tu tak lama tak sampai sorang 2bulan…” cadang mama.

“Uish! dah jenuh Ecah tepon bagitau tapi semua nya lepas tangan,”jelas kecewa Ecah.

“pastu antor je ler ke rumah kebajikan” saja mama menduga Ecah.

” dah cadang begitu kat abang abang tapi mereka tak bagi.. takut jatuh maruah(konon?)”sanggah Ecah.

“Dah tu kan jaga emak ayah tu kan tanggungjawab anak lelaki,tanggungjawab abang abang Ecah yang 7 orang tu…siisteri kena la patuh .macam Ecah pempuan kena taat pada suami ” .Mana lebih penting tanggungjawab ke maruah?”soal mama.

“Lagipun mak ayah memang nak sangat duduk ngan Ecah walaupun dulu inilah anak yang paling dia tak suka.Betul kot kata orang… anak yang dibenci tu yang nak jaga depa” Ecah mula menyeka airmata.Mama merenung hairan…

“ye la masa dulu mak ni pilih kasih dengan anak menantu..masa tu kami ni susah, anak anak ramai pastu rapat rapat pulak,lagipu suami saya kan tak hensem macam MGR je.Bila kami balik umah mak tak dipedulikannya.Asyik melayan anak-anak nya yang ber’ada’..Sapa tak kecik hati.Suami saya pun marah.”sambung Ecah.

“gamaknya sebab tu hari ni apa yang dia buat kat saya berbalik kepada dia semula..Saya pun tak suka gak nak jaga mereka berdua tu..benci tu masih ada.” luah Ecah.

” Ecah…memang patutpun awak merasa marah dengan makayah dengan tindakakan mereka tu dulu dan sekarang memang peluang awak dan suami untuk membalasnya tapi….adakah kesilapan mak Ecah dulu Ecah nak mengulanginya…dan esok anak anak akan mencontohinya?”soal mama membuat Ecah terdiam.

” Ecah dok simpan dalam hati tu yang jadi sampai begini…Tapi kalau Ecah sedia memaafkan kan dah jadi lapang dada tu..”Ecah menggangguk .

“Pada suami kalau ada peluang Ecah bagitau dia baik baik…duit belanja makan makayah setiaphari tu adalah sedekah dia yang berterusan tanpa dia sedar dan beroleh ganjaran kalau dia ikhlaskan.Nanti kalau dia jumpa saya(suaminya pun patient mama)..bab panas baran dan marahnya pada makayah awak tu akan cuba saya nasihatkan. ”

“Ecah…hidup ni terlalu singkat untuk kita habiskan dengan bersedih, berlapang dada dan cuba bergembira dengan apa yang kita lakukan….bukan kerana sesiapa tetapi kerna kita berpeluang melakukan..Ecah berpeluang menjaga emak ayah.bukan semua orang ada dapat peluang tu tau..”pujuk mama walaupun tau tak semudah itu untuk Ecah melakukannya….