rambu-ramadhan.jpg

foto dari avudz.cc/2006/09/

Alhamdulillah…ada umur dan diberi kesempatan lagi untuk kita menjadi tetamu Allah di Ramadhan kali ini.Untuk menggilap amalan jom kita baca entry pesanan tentang puasa oleh tokasid disini http://tokasid.blogspot.com/  (sori Tok …takreti nak link kaler kaler tu)

Terima kasih kepada semua ucapan dan pesanan sms yang mama terima…antara yang menarik mama berkongsi di sini:

Drfaridah: wahai tetamu Ramadhan untukmu rahmat dan maghfirah.Airmata taubat,dendangan tadarus,selimut tarawih & bantal tahjjud!Tahniah kerana dapat menjadi tetamu agung Ramadhan al mubarak tahun ini.

mak: selamat berpuasa..bila nak balik berbuka di sini?

ustzMokhlis:selamat menyambut Ramadhan al-mubarak, semoga dalam lindungan Allah .

ustazahAsmaliza:

tertutup pintu neraka,terbuka pintu surga,tersingkap tabir rahmat,terbentang luas jalan keampunan,tinggikan iman, tingkatkan amalan,dalam kemuliaan Ramadhan ….

adikHafit: Arini hari rabu, esok ari kamis,arini masih ada hantu, esok hantu mula menangis,arini boleh makan macam selalu, esok puasa jangan puasa miss.

cikguIsmiah:Renungan bersama: Sesungguhnya sunat & berpahala berbuka dengan kurna dan sesungguhnya akan datanglah azab tersiksa jika tertelan bijinya..Selamat berpuasa.

Rohaya:Marhaban ya Ramadhan al Mubarak. Moga hati dn jiwa turut merasa kemanisan berpuasa..Amin.

DrIsmail: May this be a month of aspiration filled wth imaan and taqwa.May Allah bestow NUR & BARAQAH in your life and may Allah always keep you on the straight path.May the Almighty shower His choices blessing on your entire family during month as well as the rest of the year.

DrTaherah :Berpuasa, bertarawikh dan bertenang…

Along : selamat berpuasa…huhu along demam.mata pun merah….

DrAsiah; perkataan yang cantik ALLAH, Lagu yang merdu Azan, novel yg menarik Al-Quran, senaman yang baik Solat dan diet yang mujarab puasa…selamat menyambut Ramadhan.

Yatie; Sesungguhnya aku merindui mu, setiap saat ternanti nanti kehadiranmu & insyaallah jika jodoh kita pasti akan bertemu wahai “bulan Ramadhan”

Zam : Jangan lupa renew lesen mulut, serviskan hati,kawal kadar pencemaran mata & telinga, peliharalah enjin perut, tax minda & cukai kesabaran.Selamat Berpuasa.

KakNormah/Sjn Suhaimi: Jika semua HARTA adlah racun maka ZAKATLAH penawarnya, jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT ubatnya,Jika semua BULA adalahNODA, maka RAMADHAN LAH pemutihnya.Mohon dibukakan pintu kemaafan dari semua kesilapan.Selamat menjalani ibadah puasa.

EnBasri: Sentiasalah setting niat, upgrade Iman, Download Sabar, Upload Usaha, Delete Dosa, Update Doa,and Topup Ilmu agar kita lebih hampir pada ILLAHI.

SutanNorli: Marhaban Ya Marhaban…Ramadhan Al-Mubarak…Tidur kita menjadi ibadah…Amal kita menjadi mudah…dan doa kita diIjabah…Selamat menunaikan ibadah puasa..