brainmalefemale.gif

‘sesak dada ni, pening kepala dan sakit tengkuk saya ni kenapa?’ desak wanita muda dalam resah.Bibirnya diketap ketap seolah menahan sakit,dahinya berkerut kerut seperti kesakitan.

Demam?takder.Batuk?selsema??????? semua ditanya jawapannya tak…takkk.

“ok biar saya peksa dulu”. Pressure normal.the rest of the system normal except for the palpitation.Berdegup kencang jantungnya.

Mama memandang kad yang bertimbun di depan,menjeling jam di dinding.Mama letak stethescope.Mama merenung mukanya.wanita berkulit putih dari bumi kenyalang masih manis diusia 30an.Dengan skaf di kepala, berkemeja coklat dan berseluar sedondon. Nampak dia gelisah resah.

” Semuanya ok tapi kenapa resah?Ada masaalah ? “mama menyoal.Bersedia untuk mendengar…

“Saya sebenarnya tension sangat dengan suami saya…Dah lama dah saya rasa dia tak pedulikan saya.Saya ni dah la sorang diri disini … ya la dulu ingat macam nasik lemak buah bidara, sayang selasih saya lurutkan…saya tinggl emak saya buang saudara…kerana kasih pada suami saya turutkan dia hingga ke sini.Dah puas saya berbakti menghamba diri pada rumahtangga, pada suami,dia nak pegi kerja… stokinnya saya sarungkan, kasut saya pakaikan, ketiga-tiga anak… saya yang jagakan dari yang besar umur 10 tahun hingga yang kecik umur 2 tahun, dia sebagai bapa takpernah pedulikan,nak tolong tengokkan walaupun pada hari minggu jauh sekali.Ke pasar, ke sekolah semua saya yang buat.Dia tahu bila balik kerja dok memerap dalam bilik tidorrr memanjang pastu pegi kerja semula.Nak tanya kabar saya ngan anak anak kat rumah ni jauh sekali taunya sibuk ngan kerrrrrrrrrrrrrrja.

Orang kat sekeliling tempat saya tinggal ingat saya ni janda mungkin diaorang tak pernah nampak suami saya hinggakan hampir saya ditangkap ber’khalwat’ dengan suami !

Sakit demam kami tak dipeduli …pandai pandai le ubat sendiri.

Saya ngadu pada pejabat agama pasal sikap dia terhadap saya selama ini, bila kaunselor agama panggil untuk dinasihati saya pulak yang teruk dimarahnya.Egonya tinggi sangat tak boleh ditegur langsung.

Saya sedih sangat taktahu pada siapa nak mengadu.Nak beritahu emak dan keluarga saya tak mungkin.Nak bagitau kawan kawan saya tak yakin nanti lagi panjang cerita, nak ceritakan pada keluarga suami ….saya tak mahu sebab mereka memang dah sukakan saya dari dulu.

Last last habih pikir saya telan ubat xxxxx 2 papan sekaligus ingat suami bersimpati tapi masa tiub di kerongkong saya(gastric lavage) di bilik kecemasan, dia warning saya ..kalau ada isteri kawannya atau isteri bosnya datang melawat jangan bagitau awak tu overdose

‘kenapa awak ingat dengan merosak diri macam tu dia akan lebih bersimpati sedangkan masa sihat beginipun dia tak peduli?’soal mama menduga.

‘itu la saya silap, doktor kat spital pun cakap macam tu.Buat apa merosak diri sendiri.Tapi saya taktau nak buat macamana dah lagi” sambil memicit micit dahinya.

mama: “suami awak pernah naik kaki atau tangan kat badan awak?” …tak pernah.

mama: dia kaki pempuan?? Minum arak?Berjudi?Hidup berpoya poya dengan kengkawan?”Takkk… jawabnya.

mama: ‘ ada dia komplen apa yang awak masak? Takkk….

mama: “nafkah rumahtangga? belanja rumah , sekolah…dlll?”

“Belanja besar besar seperti sewa rumah , sewa kereta, bil air, bil telepon bil letrik dia bayar le…belanja dapur saya yang tanggung.. berniaga sikit sikit.Duit bulan bulan kat saya takder langsung.

Nafkah batin jauh sekali ,dia mendatangi sayapun serius semacam …kira dia je yang puas”

mama: Pernah dia mengherdik menengking dan memarahi awak tak menentu?

” Tidak..Diamnya itu yang buat saya tension..

Kesimpulannya… masaalah emosi isteri dan masaalah sosial suami dalam berkomunikasi dan berinteraksi dalam rumahtangga yang menimbulkan tension pada si isteri ini.

Tapi itu bukan masaalah besar pada suami!