Alhamdulillah..sudah 50 tahun Malaysia merdeka..

tapi hangat sambutan kenapa kurang dirasa..

kalau tahun sebelumnya semua rakyat secara sukarela..

memasang bendera di mana mana..

di kereta,di kedai, dijalanraya… hatta dimana saja …

Kampung dan taman berlumba lumba…

menghias dengan bendera selagi ada..

disiap pintu gerbang  dengan bangganya..

Tapi…… kenapa?…

di usia setengah abad ini..yang kita berbangga nak sambut ber’ia-ia

arahan Pak Menteri kata,” jangan sambut apa apa…kecuali selepas tarikh merdeka”

semua kena tertumpu di Dataran Merdeka.

tengok saja depa nak buat apa…

pada negaraku yang tercinta..

semoga damai dan makmur sentiasa..

aku bangga menjadi sebahagian darinya

walaupun hati ini gundah gulana..

melihat mu hampir dijajah semula..diperkosa..

oleh pendatang yang berleluasa..masuk dengan pelbagai cara

berebut rezeki yang ada..dengan rakusnya..

kadang kadang nyawa jadi gantinya…

hanya mampu berdoa..berharap pada yang berkuasa..

semoga gemilangmu tetap terpelihara..