18 Ogos baru baru ini genap umur ayah 66 tahun…Sebagai penghargaan Mama dan keluarga bawa ayah makan angin ke Klate dan Teganu bersama mak dan adik sekeluarga….

Dalam meniti usia emas ayah masih seperti dulu …tidak akan menolak jika di bawa jalan jalan.Walaupun kadang kadang jantungnya yang lemah itu mengganggu pergerakkannya, jalannya tidak selaju dulu.

emak dan ayah

2 minggu sebelum itu ayah dan emak datang seminggu di rumah..dan turut menghantar along ke U..sebelum balik sempat singgah di Putrajaya untuk memenuhi impian dan harapan ayah…nak berjumpa Menteri , nak bawa permohonannya yang tak tertunai oleh jabatan berkaitan sebelum ini.

Dah jenuh ayah naik turun pejabat berkenaan ..dah naik semput dia naik turun pejabat sejak 2004 lagi …ayah bukan nak minta tanah untuknya… jauh sekali nak mohon wang ihsan untuk dirinya..tapi yang ayah minta adalah …baiki dan naiktaraf jalan masuk ke kampung kami yang sejauh 2 kilometer tu! ehehehe musti Uncle Samy Vellu pun senyum.Very very Cheap projek!

Hari tu Samy Vellu dah bagi hospital baru-Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar(hospital yang paling lama bertangguh siapnya) kat kampung kami …jalan masuk ke kampung kami pun terpaksa diubah laluan sebab nak bagi ruang untuk hospital berkenaan….bila hospital dah siap… laluan masuk ke kampung kami yang sejauh ~ 2.5km itu dah jadi jalan alternatif untuk staf dan pelawat ke hospital.Jalan satu lorong merentas sawah padi di tepi pagar hospital tu hanya di turap cantik sejauh ~500 meter saja..nampak cantik dari jalanraya besar…tapi selepas itu …lobang dan lopak… tinggi dan rendah jalan tu rosak ….berair bila hujan…. berdebu bila musim kering.Masa mama kecik kecik dulu.. masih jalan tanah merah…bila hujan mama dan kawan kawan terpaksa berkaki ayam naik bas(selalu kena marah ngan konduktor bas sebab mengotorkan bas dengan selut dan tanah!) DAN bawa kasut pakai kat sekolah…

Tapi ayah bukan nak minta pada Dato’ Samy Vellu sebab ayah tau ini bukan dalam bidang kekuasaan nya ..yang ayah nak minta pada Dato’ Sri Abdul Aziz Shamsudin , Menteri Pembangunan Luar Bandar.Mnetri yang jaga jalan kampung..Ayah nak pergi jumpa Pak Menteri ni.Uish ! bior beno ayah…jalan sejauh itu nak jumpa menteri!

Itulah ayah.Sepagi hari minggu itu..mama mengarang surat untuk pak menteri …siap ngan gambo jalannya sekali..ditemani ayah hingga dia puas hati baru dia tanda tangan…

Lewat petang selepas selesai urusan pendaftaran Along pada Rabu 3 Ogos,jam hampir 4.30 petang abah mencari bangunan Menteri berkenaan di Putrajaya.Takut terlewat abah turunkan ayah dan mama di depan pejabat Pakmenteri yang tersergam indah di situ.

dsc09996.jpg

Jom ayah…mama bawa ayah ke kaunter pertanyaan,guard tu minta i.c dan diberi kad pelawat, ayah melangkah laju ke Lif …menggenggam erat surat permohonannya. Walaupun mama rasa peluang berjumpa menteri agak tipis tanpa temujanji..tapi demi hasrat ayah mama turut jua.

Sampai di tingkat pejabat menteri berkenaan…selepas berjumpa dengan gadis kecil molek yang menunggu di luar pejabat(security kot?) kami maklumkan hasrat kami…dengan santunnya dia mengarahkan kami ke pejabat sepatutnya…senyap dan sunyi sekali… derap sepatu ayah pun boleh didengar..sebelum sempat menjengok ke pintu Setiausaha sulitnya yang terbuka ..jengoi seorang encik dari bilik sebelah dengan beg bimbitnya..nak keluar kot?…

Dia tunjukkan kami ke bilik PA Pak Menteri.

“Maaf pakcik , Dato Sri baru saja keluar..ada urusan di luar”jelas wanita diusia 30an , PA menteri dengan hormat dan lembut.” tak apa beri surat tu pada saya nanti saya uruskan”

Sementara itu kami diminta menunggu di bilik khas sebelah bilik PakMenteri.

“Ini salinan surat pakcik, saya dah cop terima.Nanti saya berikan pada Dato Sri” janji Puan PA.

Ayah puashati walaupun agak terkilan tak dapat jumpa menteri…senyuman puas ayah jelas di mukanya.Hasratnya nak serah sendiri dengan tangan surat permohonan hampir tercapai.

ayah

“kalau awai sikit tadi mungkin boleh jumpa nooo…” ayah bagitau emak yang menunggu dalam kereta .

Malam itu sekembalinya dari KL…di rumah mama..semua orang dah tidur keletihan penat berjalan siang tadi…ayah mengadap TV1 seorang diri …dengan penuh minat rupanya sedang menonton rancangan ‘Bersama Menteri” dan kebetulan pak menteri yang dijemput malam tu Dato’ Sri Abdul Aziz Shamsudin menteri yang nak di temuinya!…Bila mama turun nak ke dapur saja mama ngusik ayah yang sedang nonton TV…”tepon la cakap ngan dia”….ayah jawab,” Tu la dok cari pen nak tulis no telepon dia tak dan”ehehehe…”

Moga hasrat ayah tercapai…..