alongrumah.jpg

Hari Rabu yang lepas mama,abah ,tok dan Wan serta Arif menghantar Along untuk meneruskan pengajiannya .Harap selepas 5 tahun lagi Along akan berjaya menggenggam ijazah seperti yang di idamkan.Mama dan Abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak mama.Mama tidak meninggalkan harta untuk Along tapi ilmu yang Along kutip hari ini adalah harta mama untuk Along di kemudian hari.

Selama 3 bulan Along bercuti sebelum ini dan selama itu Along banyak membantu di rumah.Hantar dan ambik adik adik pegi dan balik sekolah jadi rutin harian.Menghantar dan menunggu mama pegi dan balik kerja jadi tugas tak rasmi.Membantu abah menyediakan dan mengendalikan audiovisual di surau terutamanya jika ada ceramah atau forum.Minat dan kesungguhan Along mengendalikan kursus motivasi kepada adik adik pelajar semasa musim cuti penggal yang lepas adalah sesuatu yang membanggakan mama.Belajar untuk memberi…… pesan mama… insya’allah itu jariah yang berpanjangan.

Kini Along akan terus melangkah jauh…Di rumah ,adik adik , Angah,Arif dan Azim tak dapat lagi tidur di sisi Along…dah kurang teman untuk bercerita atau bergaduh manja.

Selamat berjaya anakku…pesan mama…