infusionempathy.gif

baru baru ini mama rasa tak berapa sihat,selsema, batuk dan suara dah serak serak basah..terpaksa tutup klinik pada hari biasa.Esoknya bila klinik di buka, patient dah jadi tersangat ramai hinggakan masa menunggu jadi sekali ganda.Mama kesian tengok anak anak kecil yang menangis demam, pakcik tua diserang acute gout dan kes kes accident yang perlu rawatan segera…ditambah lagi pesakit biasa yang perlu menunggu giliran mereka. Semuanya perlu perhatian , walaupun badan ini belum lagi betul betul sihat tetapi melihatkan ramai yang begitu setia dan sabar menunggu khidmat mama…. terpaksa lupakan semuanya itu.

Selepas melihat dua tiga patient mama rasa dah pening nak muntah..berlari ketoilet muntah muntah dah rasa lega sikit.Ya Allah berikan kekuatan kepada hambaMu ini.Mama kuatkan hati..nak suruh patient balik tak mungkin ..semalam mereka dah datang kata mereka sewa teksi saja dah RM40 , klinik tutup. Hari ini datang lagi RM 40 lagi! Diaorang kampong yang hanya harapkan bantuan duit pemberian anak anak…selain hasil kampung yang tak seberapa, mengharapkan khidmat mama.

Tiba-tiba terdengar suara makcik tua di luar , lantang bertanya staff mama kenapa nama dia belum dipanggil..dah lama tunggu.Mama minta staff bawa masuk makcik tua tadi.

“semalam makcik dah datang ,tapi klinik tutup .Hari ni makcik datang awal tapi lama makcik tunggu kat luar ..tak panggil panggil masuk, dah pening kepala makcik ni.demam dah seminggu tak ada orang nak bawa.Semalam anak makcik balik minta tolong(minta tolong?) dia bawa, tapi doktor tutup pulak.Hari ni makcik terpaksa naik bas sendiri, dia(anak makcik ni) dah balik.”

“minta maaf makcik sebab kena datang dua kali…kesian makcik .Saya tak sihat sikit”jawab mama.

Makcik berkerut muka,” Doktor pun sakit juga ke?. Doktor jangan sakit nanti susah orang kampung macam makcik ni nak berubat.”

” Makcik tolong doakan saya sihat supaya saya boleh sentiasa ada atas kerusi ni” seloro mama walupun dalam hati berbisik….ingat mama ni Firaun ke tak sakit sakit…ehehehe.

Tiba tiba makcik angkat tangan berdoa,” Ya Allah Ya Tuhanku…bagi la doktor ni sihat supaya dia merawat aku..Amin”sambil menyapu mukanya.”Jangan risau makcik sentiasa doakan supaya doktor sihat supaya senang makcik nak berubat”.

Mama jadi terharu…walaupun doanya untuk kepentingan dirinya sendiri.

Tidakkah kita juga begitu?