bells-palsy.jpg

“Cuma sebulan saja lagi hayat anak saya ni…kata doktor kat spital minggu lepas.Tolong periksa dia betul ke anak saya ni dah nak mati?.”soal makcik bermulut herot macam Bell’s Palsy pada mama.Anak gadisnya yang duduk didepan mama tersipu sipu ..senyum berbunga macam mendapat berita dipinang orang layaknya.

Mama merenung berkerut dahi melihat gadis berbadan gempal memakai t-shirt putih berlengan pendek,usia awal 20an yang nampak ceria semacam.

Mama senyum pada makcik,”doktor mana bagitau makcik ni?apa penyakitnya?.Sukar untuk mama mempercayainya.

“Dua minggu yang lepas anak saya masuk wad selepas makan makan Panadol 6 biji.

Sebelum tu, pagi pagi lepas makan durian dengan saudara maranya,dia pergi berkelah , mandi manda ..minum plak air koka kola.Bila balik umah dia rasa macam nak demam.Makcik suruh dia makan panadol 2 biji..tak kebah makan 2 biji lagi..tak turun gak panasnya..dia ambik 2biji lagi…petang tu, dia mula muntah muntah..dah naik kuning mukanya.Makcik jadi takut , bawa dia pegi klinik(klinik kesihatan) kat kampung.

Anak saya bagitau doktor dia muntah muntah lepas makan 6 biji panadol .Doktor silap dengar. dia ingat anak saya makan 60 biji panadol !!Kelamkabut dia tulis surat suruh bawa anak makcik ke hospital segera..dihantar ambulan dengan air masuk sebotol(i/v drip la tu)…

Sampai sepital ,doktor kat kecemasan marah marah anak makcik ..dia tuduh anak makcik nak bunuh diri!Lepas ambik darah,cuci perut (gastric lavage)…tahan kat kecemasan hingga habis air yang dimasuk oleh doktor dari kampung tadi.Lepas tu dia suruh anak makcik balik.Hari tu hari Isnin.

Esoknya , hari Selasa makcik dapat panggilan telepon dari hospital minta bawa anak makcik segera ke hospital.Katanya keputusan darah ada masaalah.

Sampai dihospital, Doktor bagitau keadaan anak makcik kritikal. Kena tahan dalam wad.Hatinya dah rosak …!hayatnya cuma tinggal sebulan lagi,suara doktor yang lantang jelas di dengar oleh semua yang ada dalam wad.Dia minta bagitau semua saudara mara.

Makcik terkejut sesangat sebab anak makcik nampak sihat aja. dah tak muntah lagi cuma tinggal matanya kuning aja. Tapi doktor lagi tahu,jadi makcik dengar cakap doktor.Makcik berendam air mata selama 5 hari dia ditahan dalam wad, adik beradik , saudara mara , orang kampung semua dah di bagitau..semua tergesa-gesa balik ziarah tengok anak saya.Tapi semua pelawat heran sebab apa anak makcik yang doktor kata hampir nak mati duduk kat wad biasa aja..bukan icu,tak masuk gas(oksigen) hanya air (drip)ja?

Orang kampung yang datang berbisik tanya makcik kenapa anak makcik nak bunuh diri dengan telan 60 biji panadol? Makcik jadi heran bila pulak anak makcik nak bunuh diri? Kata mereka ,orang kampung semua dah tahu..drebar ambulan yang bagitau.

Masyaalllah!makcik sedang bersedih kat spital , kat kampung heboh anak makcik nak bunuh diri.

Makcik tanya doktor,siapa kata anak makcik makan 60 biji panadol?dia hanya makan 6 biji aja.Doktor tu tunjuk surat yang ditulis oleh doktor dari klinik kampung, dia tulis 60 biji!walaupun makcik takfaham yang lain dalam surat tutapi angka 60 tu makcik kenal!

Lepas 5hari dalam wad, doktor benarkan dia balik dengan sejenis ubat macam biji kacang(may be jetepar) .

Jadi ari ni makcik nak minta doktor periksa dia betul betul , ambik darahnya kalau perlu.”

Panjangnya cerita makcik ni….mama periksa anak gadisnya dari head to toe..ambik darahnya, kencingnya untuk test fungsi hati dan buahpinggangnya .

“Makcik dari pemeriksaan saya, buat masa ini anak makcik sihat walafiat…nafasnya ,udara keluar masuk paru parunya,nadinya , degup jantungnya , keadaan mentalnya,kuningnya tak ada…”jelas mama untuk meyakinkan makcik.

‘insyaallah dua hari lagi saya akan bagitau keputusan ujian darahnya.Makcik balik dulu ,jangan bimbang , anak makcik tak perlukan apa apa ubat buat masa ini “Anak gadisnya bersalam ngan mama , senyumnya masih di bibir.

Sebelum keluar makcik Bell’s Palsy bertanya mama:

“Gamaknya doktor kat hospital tu pandai bab rawat pesakit aja ka…tak diajar ka cara nak bercakap dengan orang macam makcik ni.Bukan ka kalau nak bagitau perkara perkara penting ,macam dia bagitau anak saya dah nak mati tu perlu dirahsiakan antara keluarga terdekat ja?panggil saya ni ke sebagai maknya masuk dalam bilik bagitau pelan pelan(perlahan lahan).Ni tak, dia CAKAP macam buat pengumuman plak kat dalam wad sampaikan semua orang dalam wad tau.”

Satu lagi…makcik nak tanya, bukan ka semua kakitangan kesihatan ni kena rahsiakan penyakit pesakit dari pengetahuan orang lain…macam drebar tu dah bawa cerita tak betul kat orang kampung. Sekarang makcik dah tak tau macam mana nak jawab bila ditanya kenapa anak makcik nak bunuh diri?Nasib makcik ni dahla janda, sakit macam ni plak(sambil tunjuk mulutnya yang herot )..kena fitnah macam tu jadi malu sangat makcik nak keluar rumah”

Mama tak tau nak jawab apa………….