surau mama di kampung tersangat la uzur.Ayah semasa di zaman DrM cuba mendapatkan peruntukkan untuk repair surau dari belas ihsan DrM.Jadi semasa Dr M datang nak merasmikan projek Al- Bukhary yang dah tersergam indah sekarang, ayah semasa bersalam dengan Dr M huluq surat permohonan peruntukan untuk baiki surau kampung kami.

Terkejut ayah ,surat dari orang kampung macam ayah dilayan oleh seorang PM dan diluluskan peruntukan sebanyak RM 43,000 untuk baiki surau kampung kami.Almaklumlah surau kami yang dah uzur tu dapat peruntukan sebanyak tu membuatkan ayah senyum sampai ke telinga sambil dok bayangkan bagaimana nanti warga emas takperlu risau nak naik turun tangga yang yang dah hampir reput tu.

dsc04902.jpgdsc04911.jpg

Bila pihak kontraktor hantaq mai workersnya dok punggah bumbung surau nak ganti dengan bumbung yang kononnya ‘baru’. ayah,paknyang man tukang rumah dan tok ketua kampung dok teruja tunggu nak tengok. Tapi bila tengok kayu yang nak diganti perabung dan lain lain kayu untuk support bumbung, ayah jadi bengang -(ayah memang arif pasal hal-hal kayu ,rumah kami yang ada sekarang pun ayah yang bina hasil tunjukajar arwah tokwan yang memang tukang rumah).

Kata tokey Cina yang tulong hantaq kayu tu pun naik heran,”ini macam kayu mau bikin tokong(merujuk pada surau) ka?”Kayu serpih/sayung yang rendah kualiti tu yang nak digunakan.Kayu surau lama kami kayu cengal yang tahan lasak .Cuma bumbung zinc yang dah bocor tu yang perlu diganti,kot kot dapat bumbung abestos ka ,nak harap beratap genting x cukup bajet kot.

Orang kampung terutama ayah dan paknyang Man tukang umah berkeras takmau depa gantikan kayu serpih tu .Bila pandangan orang kampung tak diambik pot,ayah naik hot .Dia naik opis gomen yang kontrol projek tu, jumpa ‘pegawai’ yang menjaga projek supaya mai tengok kualiti kerja kontraktor tapi malangnya pihak ‘pegawai’ plak yang memihak kepada kontraktor.Apa tidaknya ,dia mai melawat projek pun,naik kereta yang kontraktor bawa.Lepas tu pi minum kat kedai kopi sama sama.

Pandangan orang kampung yang takdak Diploma/Bachelor in ……. tak dipedulikan walaupun depa banyak pengalaman,lebih kenai mata kayu,jenis kayu, kualiti kayu dengan sekali pandang.

Mama tau hati ayah sedih tengok surau idamannya tak menjadi saperti diidamkan.Projek bernilai RM43K hangus dan terhasil surau macam tikus baiki labu.Tangga yang dihasilkan tak siap tanpa pemegang tangga dengan anak tangga tak cukup lajaknya.Bumbung surau, Paknyang tukang rumah yang betulkan semula dengan percuma .

Pada ayah nilai RM43K terlalu besar untuk baikpulih sebuah surau tetapi jadi terlalu kecil hasilnya, ganti bumbung zinc,kayu kecil bersaiz 4″x3″yang rendah kualitinya,lainnya dinding kayu surau yang tak diganti dicat dengan undercoat bertompok tempek.Ada ka pintu plywood digunakan untuk menahan hujan dan panas.?

dsc04882.jpgdsc04883.jpg

Tapi sapa yang peduli? bukan ada menteri yang nak rasmi?,bukan ada sultan yang nak singgah sembahyang di sini?Tapi..kalau PM ka,MB ka mai rasmi tentu keadaannya berbeza sekali..

Sekarang ayah tak heran lagi kalau ada bumbung projek mega yang runtuh di sana sini ..tak dak yang gheti nak pantau.