old-van.jpg

ini bukan van adik ipar mama …ini van dah kena lupus kot?

dapat mesej dari adik di kampung:

“M(suami adik) denda kena gantung lesen tak boleh bawa kereta setahun, denda RM 240 oleh mahkamah.Bawa van tak dak roadtax.”

Tu dia! berat denda tu untuk orang kampong yang dok cari makan kais pagi makan sehari…mungkin gamaknya adik ipar mama ni,M bukan sapa sapa…bukan macam Eric Chia yang kesnya boleh digugurkan sbb tak cukup saksi,tak cukup bukti.

M bukan pandai macam buat roadtax palsu macam sesetengah orang.Dia yang naif terpaksa dan terdesak bawa van buruknya tanpa boleh diperbaharui roadtax sebab gerannya hilang.Dah report polis pasai gerannya tu tapi bila dia pikiaq walaupun vannya itu memang van dia beli dengan duit halal, yang harganya tak senilai dengan sebelah tayar kereta pakmenteri ,kalau bawa p tunjuk kat PUSPAKOM, kat JPJ ka dah tentu tak lulus punya. Gerenti depa suruh tukar tu tukaq ni, cat baru dsb yang sudah tentu bajetnya nak bayaq roadtax pun hangus.Jadi dia pun nekad dan tekad ajelah bawa van yang uzur tu untuk membantunya berniaga.

Suami adik berniaga kecil kecilan jual cucuq udang di pasar malam.Dengan van yang sangat uzur tu dapat la di cari sekupang dua untuk menyara hidup depa sekeluarga dan empat orang anaknya yang masih bersekolah.Kadang kadang anak lelaki sulungnya yang baru abih SPM membantunya di gerai.Dulu semasa adik sihat dia yang membantu buat nasik lemak untuk dijual,kadangkadang dapat tempahan buat nasi tomato dari supermarket berhampiran jika ada pihak pengurusan buat jamuan.

Tapi sejak adik sakit terlantar selama 6 bulan dihospital kena belah perut ari tu segala galanya dilakukan sendiri oleh suaminya.Sejak itulah punca pendapatan mereka jadi tak menentu .Di rumah tiada yang urus.Belanja anak anak sekolah ,kelengkapan sekolah dsbnya mama dan adik beradik pakat pakat bantu.

Baru 2 bulan yang lepas dia baru nak mula nak berniaga semula.

Nasib tak baik malam tu lepas abih berniaga,terserempak dengan JPJ buat roadblok ,roadtax tak renew.Terus kena saman walaupun jenuh dia merayu.

memikirkan itu periuk nasi keluarganya , sekali lagi dia cuba merayu pada pihak JPJ tapi jawapannya,” kes ni kena selesai kat mahkamah”.Tu dia!! ketaq lutut orang kampung macam M bila dengaq kesnya tu kena bawa sampai mahkamah.Dia bukannya ber’uang’ nak ambik loyar ..jauh sekali nak pakai Karpal Singh ka.Akhirnya dia dijatuhkan hukuman seberat itu oleh hakim yang pakai turban tu,”GANTUNG LESEN SETAWUN, denda RM 250″. Terkejut dengan keputusan tu dia kuatkan semangat merayu supaya dikurangkan denda.Hakim kurangkan denda RM 10 je , kena bayaq juga RM 240.00,hukuman yang lain kekal.Kalau setakat duit tu boleh la diusahakan bayaq tapi bab Gantung lesen memandunya hinggakan dia tak boleh bawa kenderaan lain tu apa kena mengenanya???Bukan dia langgaq orang sampai mati pun,langgaq anak kucingpun dia tak pernah.Tapi…itulah hukuman dunia.

Inilah nasib mereka yang tak punya nama, bukan sapa-sapa..tak kenal sapa sapa..hanya orang kampung biasa yang mungkin macam melukut saja….yang tak reti nak huluq bawah meja..rakyat biasa ….yang mungkin akan disapa bila pilihanraya..yang akan ditatang macam raja bila nak suruh undi depa.Lepas depa menang ?..lantaklah hangpa nak hidup ka..nak jadi apa..

Bila dapat mesej dari adik… mama bagitau abah. Abah cuba call M tapi enponnya tak berjawab….mungkin tengah pening dia dok pikiaq macamana dia teruskan menyara anak anak yang empat orang tu, kalau lesen memandunya dah kena gantung bukan sehari, bukan sebulan tapi setahun!..macamana nak p hantaq dan ambik anak anak p balik sekolah tiap tiap hari…macam mana nak p nega(berniaga) ….tentu serabut fikiran.

Mama tumpang simpati.

Kesian nasib adik mama sekeluarga.Bila mama call adik..dalam hiba dia berkata.”Malang keluarga kami bertimpa timpa.Baru baik sakit setelah terlantar di hospital hampir 6 bulan selepas operation perutnya…bila dah dah cuba mula nak berniaga begini jadinya”