‘Dimana saya melihat encik sebelum ini?’soal mama kepada anak muda India  S,berusia 36 tahun bertongkat crutches di kedua dua belah ketiaknya, kaki kirinya tiada ..mama berkerut dahi sambil cuba recall memori yang banyak ter’delete’ sejak dua menjak ini.

‘Dulu kan saya bekerja di bank yang puan selalu pegi’ jawab S .”Anak isteri saya selalu ke sini tapi saya tak pernah masuk, tunggu kat luar aje”.

‘ooo…maafkan saya,tapi kenapa dah jadi begini?”,soal mama sambil menunjuk kaki kirinya yang dah ‘hilang’.Anak muda ini tegap badannya dulu, tetapi kuat merokok..Kehitaman kulitnya tidak dapat menyembunyikan hitam bibirnya akibat rokok.

‘kaki kiri saya kena potong dari paras paha.Doktor kata tak boleh nak diselamatkan lagi.Ada darah beku dalam urat darah saya, kaki saya dah jadi hitam,dah gangrene .(Gangrene” is the medical term for death of tissue (necrosis) in part of the body)Darah tak jalan.”Sambung beliau.’Dah habis dekat RM 100k hanya untuk membuang kaki saya ni.mujur pihak bank bayar semuanya.Sekarang saya dah tak kerja,dah ambik socso.

Hari ni minta tolong cek tekanan darah saya, pagi tadi cek kat klinik kerajaan diaorang kata darah saya tinggi.Dr bagi surat suruh cek tekanan darah hari hari”pintanya.

Mama tak mau menambah derita nya lagi dengan menuduhnya menjadi begitu akibat merokok yang terlampau,tapi itulah hakikatnya!….

PERIPHERAL VASCULAR DISEASES-gejala yang diakibatkan oleh merokok,kurang bersenam,duduk terlalu lama( beliau, bank officer yang duduk berjam jam di meja) boleh merisikokan darah beku terbentuk didalam urat darah dikaki,menghalang aliran darah dan menyebabkan kaki itu terputus bekalan darah/makanan ,akhirnya jadilah gangrene.

Jadi kepada sesiapa saja yang masih merokok dengarlah nasihat KKM tu,sayangilah anggota badan anda…katakan TAKNAK..TAKNAK PADA ROKOK.