school holiday 2 minggu ni dah penuh dengan program yang telah diatur.

1. Kem Tunas Harapan Surau-anjuran mama and keluarga untuk anak anak berusia 7-12 tahun dah berlangsung pada Sabtu dan Ahad/26-27 hb Mei lepas…sambutan menggalakkan.Seramai 46 peserta hadir walaupun target asalnya hanya 30 orang.gambarnya insyaallah mama uploadkan nanti.

2. Famili day-pada hari Sabtu dan Ahad ni insyaalah di umah mama..akan cuba mengumpulkan keluarga dikedua dua pihak mama dan abah seperti tahun tahun yang lalu.Semua dah bagi commitment untuk hadir.Sekarangpun  along,angah , azim dan arif sedang meriah dengan sepupu-sepupunyanya di rumah.

Jumaat lalu, Own,11thn, anak Adik  abah datang.KakAnis 14thn, DikMira15thn,Dikna12 thn,Faiz11thn  tiba ngan bas ari Sabtu lepas.Ahad semalam,Ien 15thn anak sulong Adik datang. Semalam depa buat mesyuarat untuk membincangkan tentang malam anugerah pada hari malam Sabtu nanti,macam macam idea menarik dan lucu diketengahkan…berbakat juga bebudak tu.