dsc03595.jpg

“Pakcik pernah jatuh ke,angkat benda benda  berat ke sebelum sakit pinggang gini?”,tanya mama pada pakcik M berbadan sasa walaupun telah masuk 62tahun.

“pernah jatuh motor dulu sekali sejak tu yang jadi gini.Tak boleh angkat benda berat sikit.. dah sakit pinggang, dah kebas kaki  ni,dah tak kuat nak start motor .Pastu memang kerja pakcik dok loading buah kelapa sawit nak buat macamana,memang la berat”,jawab pakcik M .

“Tapi pakcik mesti kerja juga,nak cari duit buat belanja.Dah tua tua gini ingat boleh rehat macam kawan kawan pakcik yang lain.Nak harapkan anak,dah tak boleh?” pakcikM mula sayu.

“masih ingat ada pesakit  yang baru meninggal dulu,yang kena AIDS sebab dadah tu,yang mai dengan mak dia tu,tu anak saya la.(OOOO ni bapa si Mamat cengkung tu ke)Dia dah p(mati dah) tapi dia ada sorang lagi adik,lelaki baru umur 16 tahun.Tu saja anak saya yang ada la ni.Tapi diapun macam abangnya jugak.Ambik dadah.Panjat umah orang ,mencuri sbb nak beli dadah.Hinggakan duit pakcik pun dia curi.Satu hari tu bertembung ngan pakcik dia dok selongkar poket seluar pakcik. Kena sergah dia cabut lari masuk dalam kebun kelapasawit ,pakcik ligan(kejar) ngan motor sampai yang jatuh  tungganglanggang dalam kebun tu sorang sorang.Sakit pinggang sejak tu la.Pakcik geram sangat repot kat polis,kena tangkap depa hantaq sekolah budak jahat sebab dia bawah umur.Sampai sekarang dia masih di sana.

Di sana depa cek darah dia katanya ada kuman AIDS juga.Depa dok bagi ubat apa taktau beratus gak reganya(harganya) mahai(ubat antiviral la tu).Depa minta pakcik bayar RM200 sebulan tampung kos ubat tu.Walupun pakcik rasa takmampu tapi pakcik kena kerja jugak, mak dia pun kerja kutip buah luruh.Dapat sikitsikit duit pakcik kumpul nakbayar kos ubat tu. Itu pakcik mesti bagi juga sebab itu ja satu satunya anak pakcik yang ada, kot kot boleh panjang umuq dia.“,suara pakcik M dah mula sebak.