“saya dah tak tau nak buat macamana , jenuh berubat merata rata tapi dok macam tu jugak. Duit pun dah banyak habih , sat pi bomoh ,sat pi klinik. sat pi spital.Ni dah takboleh nak makan sakit mulut katanya” Keluh seorang ibu dalam usia lewat 50an tentang anak mudanya yang berusia 29tahun.Masih bujang belum kawin.

Mama pandang anak muda yang tak bermaya depan mama.Badan kurus cengkung,kulitnya penuh berparut  mungkin bekas kudis.Matanya cengkung  tak bercahaya.Mulutnya penuh dengan tompok tompok putih.Dadanya ber’gelora’ kahak bila bernafas.

Mata mama meleret pada tangannya, lengannya.Nyata betul tekaan mama.

“Dah berapa lama kamu ambik benda tu?”.Tanya mama pada Mamat cengkung tadi.

”  Makcik dah larang banyak kali dah, .Toksah dok ambik benda tu tapi hari hari kawan kawan  mai umah dok bagi.Makcik pun taklarat nak kata apa dah.Dulu hari hari makcik kena bagi duit kat dia kalau tidak makcik dipukuinya.La ni dia dah tak larat nak buat apa dah.” leter maknya depan mama.

Lepas mama  periksanya sambil bertanya latarbelakang hidupnya.Ambik dadah sejak dibangku sekolah,tingkat 3.Pastu keluar masuk Pusat Serenti  2 kali tak berenti gak.Last keluar 1995, dengan confirm ada HIV.Maknya taktau dia pembawa HIV.Siapa yang peduli ?Nak harapkan si Mamat ni bagitau ? asyik dok lalok aje mana mungkin depa ni bertanggungjawab nak bgitau maknya.Tanggungjawab menjaga diri sendiripun dia dah khianati.

Patutnya  ahli keluarga dimaklumkan tapi atas situasi tertentu ini tidak berlaku pada ibu ini.Dia tak tau apa itu pembawa HIV? apa itu AIDS?.Mamat ni dah ada Oral thrush.Paru parunya pun penuh dengan crepitus

“Apa kamu nak buat dalam tempohmasa yang ada ni?Masa kamu dah tak banyak .Kamu harus bersedia dari sekarang”Tanya mama pada Mamat yang nampak keliru.

“Saya tahu kamu tersilap dimasa lalu, akibatnya kamu dah merasainya sekarang.Derita kamu,sakit kamu dan laparnya kamu serta susahnya kamu untuk bernafas bila orang lain dah nyenyak tidur.

Sebenarnya kamu ni lebih baik dari oranglain diluar sana yang tak tau dateline kematiannya.Lebih baik dari depa yang masih merasa dirinya baik,banyak pahala dan layak duduk di surga Allah dengan sebab ‘baiknya’.Tetapi  depa tu tak tau mereka ber’hutang’ dosa dengan kamu sebab mungkin mengutuk, mengata, mengumpat dsb…yang hanya akan dituntut di akhirat nanti.Mungkin depa depa tu nanti akan jadi orang yang rugi dan muflis diakhirat sana.

Sebaliknya kamu, Tuhan dah ‘siksa’ kamu dengan kesakitan begini ,mungkin untuk membasuh dosa dan mengangkat darjat kamu disisiNya jika kamu bersabar dan berbaik sangka dengan Allah.Selalunya Allah tidak akan menyiksa 2 kali hambanya.Mungkin kamu akan diterima bersih disana nanti. Cuma masa yang tinggal sekarang adalah untuk kamu membuat persediaan mengadapnya nanti.Untungnya kamu dah tau dateline.Mungkin dah tak sampai 3 bulan lagi.”kata mama berterus terang, dari pengalaman bukan kita tentukan ajal maut.

Mamat tunduk , maknya mula menangis.

Mama mengadap maknya,mama pegang tangan maknya”Makcik .Ini anak makcik.Anak makcik dah diperingkat akhir penyakit AIDS.Makcik dah takbanyak masa untuk bersamanya.Makcik berilah  sayang  dan kasih makcik yang ada padanya.Saya mohon pada Makcik ampunkan dia dan doakan kebahgiaan dia di sana nanti sebab doa ibu paling mustajab.Kasih sayang makcik dan keluarga  adalah ubat yang paling mujarab untuk dia sekarang.Saya boleh bagi ubat untuk sakit fizikalnya tapi makcik tolong dia mengubati bathinnya.Gantikan marah makcik padanya dulu dengan sayang makcik sebagai ibunya.Saya percaya dia akan pergi dengan tenang”Mak si Mamat menggangguk sambil mengesat airmata.Mama hulurkan tisu dan mata mama pula mula berkaca walaupun cuba dikawal.

2minggu kemudian ibunya datang sendirian menyampaikan salam Mamat pada mama sebelum dia pergi.Maknya tak menangis lagi.”Saya redha kalau itu yang terbaik buatnya.Takramai yang datang menziarahnya, depa takut bila tau mayatnya kena tabur ngan klorin”