060405quran.jpg

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah
ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika
hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 

Semalam pukul 3.00pagi baru habis mama selesai membalut bungkus hadiah hadiah yang

Angah dan Azim nak bagi kat cikgunya.Mujur Along dah tolong balut hadiah  adik nya , Arif.

Azim bagi minyak wangi Mawi kepada cikgu kesayangannya, Cikgu Faisal.Kebetulan pula malam tadi cikgu Faisal ada bawa isterinya jumpa mama, dan minta sampaikan salam rindunya pada Azim yang dah bertukar sekolah tahun ini.Teruja Azim.Pagi tadi hadiah untuk cikgu Faisal yang dibalut cantik-cantik Azim kirimkan pada Arif untuk disampaikan pada cikgunya itu.Mama tau betapa ikhlas Azim mau memberikannya.Azim guna duit poketnya sendiri walaupun hadiah hadiah untuk cikgu lain Azim yang pilih ,Abah yang bayar!

Bila mama balik semalam Angah dah terlentang keletihan selepas balik dari sekolah petangnya buat preparation untuk hari guru , Arif dah tido,Along masih dengan laptopnya.Azim menemani mama.Dia tolong guntingkan selotep untuk mama.Kemudiannya bila hari dah lewat malam… dia pun dah taktahan ngantuk ….bila yang lain lain semuanya dah tido.

“mama takyah balut lagi kalau mama ngantuk.Pagi pagi  esok kami buat sendiri,Azim tido dulu ya”pinta  Azim sebelum masuk tido.

Angah belikan frame gambar untuk cikgunya,ada sembilan semuanya.Sayangnya satu  dah pecah, mungkin Angah tak perasan masa beli tadi.Mama gantikan dengan kain untuk saiz  sepasang baju.Mama printkan sajak menarik “Guru Oh Guru” dari sasterawan negara,Allahyarham Usman Awang, mama masukkan dalam frame gambar untuk tatapan guru.Pastu baru mama balut satu persatu….

Dulu mama tak merasa semuanya ini..tiada sambutan hari guru, tak pernah berpeluang atau terpikirpun nak belikan hadiah untuk cikgu,lagipun masa tu mana ada ‘pitih’ nak buat begitu.

So ..kepada semua insan yang bergelar cikgu,walau dimana anda berada.Selamat Hari Guru. Sajak allahyarham SN Usman Awang menceritakan segalanya…